Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

IFTAR WITH FORMER FIELD COMMANDER, SUPPORT BATTALION COMMANDING OFFICERS AND REGIMENT SERGEANT MAJOR

PENANJONG GARRISON, Friday, 6th March 2026 – The Field Headquarters of the Royal Brunei Land Forces (RBLF) held an Iftar gathering with the former Field Commander, Commanding Officers and Regimental Sergeant Majors (RSM) of the Support Battalion at the Officers' Mess, Penanjong Garrison. In attendance was Colonel Mohd Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, RBLF Field Commander.

The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, Surah Yassin and Tahlil followed by an Iftar, mass Fardhu Maghrib prayer, and the presentation of mementoes, before concluding with the recitation of Doa. This gathering is aimed at appreciating and commemorating the services rendered by former senior leaders and to provide a valuable opportunity for the Field Headquarters personnel to interact and strengthen relationships amongst themselves.

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MANTAN-MANTAN PEMERINTAH MEDAN, PEGAWAI PEMERINTAH DAN SARJAN MEJAR REJIMEN BATALION BANTU

PENANJONG GARISON, Juma'at, 6 Mac 2026 - Markas Medan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama mantan Pemerintah Medan, mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) Batalion Bantu TDDB bertempat di Mes Pegawai, Penanjong Garison. Turut hadir ialah Kolonel Mohd Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemerintah Medan TDDB.​

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah, Surah Yassin dan Tahlil, diikuti dengan berbuka puasa, menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, dan penyampaian cenderahati kenangan, sebelum diakhiri dengan bacaan Doa. Majlis ini adalah bertujuan untuk menghargai dan mengenang jasa bakti yang telah dicurahkan oleh mantan-mantan pemimpin dan seterusnya memberi peluang kepada warga Medan TDDB untuk berinteraksi dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama mereka.