LUMUT CAMP, Thursday, 26th February 2026 – The Third Battalion Royal Brunei Land Forces (3Bn RBLF) held an Iftar event with the former Commanding Officers and Regiment Sergeant Majors (RSM), which took place at Surau Ar-Rahmah, Lumut Camp.
Upon arrival, the former Commanding Officers and RSM were invited to the signing of parchment and a group photo session, followed by the recitation of Surah Yassin and Tahlil led by Imam Abdul Hakim bin Haji Bujang from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate (JAMAAT). The event then proceeded with Iftar and continued with mass Fardhu Isya', Sunat Tarawih and Witir prayers before concluding with Tadarus Al-Quran. These gatherings, held during the holy month of Ramadhan, aim to appreciate and commemorate the services rendered by former senior leaders and to provide a valuable opportunity for 3Bn RBLF personnel to interact and strengthen relationships amongst themselves.
|












3BN TDDB ADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MANTAN-MANTAN PEGAWAI PEMERINTAH DAN SARJAN MEJAR REJIMEN
PERKHEMAHAN LUMUT, Khamis, 26 Februari 2026 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) bertempat di Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut.
Sejurus tiba, mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan SMR dijemput untuk menandatangani lembaran kenangan dan sesi bergambar ramai, diikuti dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil yang dipimpin oleh Imam Abdul Hakim bin Haji Bujang dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMAAT). Acara kemudian diteruskan dengan Iftar dan disusuli dengan Sembahyang Fardhu Isya', Sunat Tarawih dan Solat Witir sebelum diakhiri dengan Tadarus Al-Quran.
Majlis ini, yang lazimnya diadakan pada bulan Ramadhan, adalah bertujuan untuk menghargai dan mengenang jasa bakti yang telah dicurahkan oleh mantan-mantan pemimpin dan seterusnya memberi peluang kepada warga 3Bn TDDB untuk berinteraksi dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama mereka.