
BRUNEI, Friday, 27th February 2026 – In conjunction with the holy month of Ramadhan 1447H, the Royal Brunei Land Forces (RBLF) conducted an Ihya Ramadhan programme through cleaning campaign activities at several mosques and Muslim cemeteries across all districts in Brunei Darussalam throughout the week.
Among the mosques were the Kampong Belais, Kampong Belimbing Subok, Kampong Bang Dalam, Kampong Limau Manis, STKRJ Lorong 3 Seria, Kampong Bukit Udal, Kampong Penanjong and Zainab Mosque. Meanwhile, the cleaning campaign of cemeteries includes Nuri Kampong Belimbing Subok, Serai Pimping, Kampong Pulaie and Tanjong Muslim cemetery.
The programme was among the activities carried out to enhance spiritual development and cooperation among RBLF personnel as well as to contribute to the community, especially in this holy month of Ramadhan.





TDDB ADAKAN PROGRAM IHYA RAMADHAN
BRUNEI, Jumaat, 27 Februari 2025 – Bersempena dengan bulan Ramadhan 1447H, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah melaksanakan program Ihya Ramadhan melalui aktiviti kempen kebersihan di beberapa masjid dan tanah perkuburan Islam di seluruh daerah di Negara Brunei Darussalam sepanjang minggu ini.
Antara masjid-masjid tersebut ialah Masjid Kampong Belais, Kampong Belimbing Subok, Kampong Bang Dalam, Kampong Limau Manis, STKRJ Lorong 3 Seria, Kampong Bukit Udal, Kampong Penanjong dan Masjid Zainab. Sementara itu, kempen kebersihan di Tanah Perkuburan Islam termasuk Tanah Perkuburan Nuri Kampong Belimbing Subok, Serai Pimping, Kampong Pulaie dan Tanah Perkuburan Islam Tanjong.
Program tersebut merupakan antara aktiviti amal yang dijalankan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pembangunan kerohanian dan kerjasama di kalangan anggota TDDB di samping bertujuan untuk menggalakkan berbuat amal kebajikan dan menyumbang kepada masyarakat terutama sekali di bulan Ramadhan yang mulia ini.