BERAKAS GARRISON, Friday, 27th February 2026 – A total of 20 newly commissioned Land Forces Officers from the Officer Cadet School Intake 24 attended a Leadership Talk session with Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the Royal Brunei Land Forces (RBLF), held at the RBLF Headquarters in Berakas Garrison.
During the session, the RBLF Commander emphasises that challenges are an inevitable part of military service and form an important part of an officer's professional development, underscoring their pivotal role in building a culture of resilience. He further highlighted that officers bear significant responsibility in leading, guiding, and shaping their respective subordinates, and stressed the importance of taking genuine care of their welfare. The RBLF Commander then reminded them to remain steadfast in upholding the core values of the Royal Brunei Armed Forces, namely Loyalty, Piety, Courage, and Professionalism, as the foundation of their conduct and decision-making.
This session aims to impart the essential knowledge, ensuring that all officers understand the mission, standards, and shared values, and further ensure that they are well-prepared to assume their roles and responsibilities in the RBLF working environment. The talk is part of their two-week induction programme, which commenced from 14th February 2026 to 27th February 2026.

SESI KEPIMPINAN PEGAWAI-PEGAWAI TDDB YANG BARU DITAULIAHKAN
BERAKAS GARISON, Jumaat, 27 Februari 2026 – Seramai 20 Pegawai Tentera Darat yang baru ditauliahkan daripada Sekolah Pegawai Kadet Pengambilan ke-24 telah menghadiri Sesi Kepimpinan bersama Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bertempat di Markas TDDB, Berakas Garison.
Semasa sesi tersebut, Pemerintah TDDB menjelaskan bahawa cabaran merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan dalam perkhidmatan ketenteraan. Ianya adalah penting bagi perkembangan profesional sebagai seorang pegawai, dan menekankan peranan penting mereka dalam membina budaya daya tahan. Beliau seterusnya menegaskan bahawa pegawai memikul tanggungjawab yang besar dalam memimpin, membimbing, dan membentuk anggota bawahan masing-masing, dan menekankan kepentingan dalam menjaga kebajikan mereka dengan tulus. Pemerintah TDDB kemudiannya mengingatkan mereka untuk terus berpegang teguh dalam menegakkan nilai-nilai teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei iaitu Setia, Takwa, Berani, dan Profesionalisme sebagai asas kepada tingkah laku dan dalam membuat keputusan.
Sesi ini adalah bertujuan untuk menyampaikan pengetahuan, memastikan semua pegawai memahami misi, standard dan nilai bersama, dan seterusnya memastikan mereka bersedia untuk memikul tugas dan tanggungjawab dalam suasana kerja di TDDB. Sesi kepimpinan tersebut adalah sebahagian daripada program induksi selama dua minggu, yang bermula dari 14 Februari 2026 hingga 27 Februari 2026.