Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

THE CLOSING CEREMONY OF 3BN RBLF INTER-SECTION COMPETITION

LUMUT CAMP, Friday, 27th February 2026 – The closing ceremony of the Inter-Section Competition organised by the Third Battalion, Royal Brunei Land Forces (3Bn RBLF), was held at the 3Bn RBLF Gymnasium in Lumut Camp. The competition was conducted from 14th to 28th December 2025. In attendance to officiate the closing was Lieutenant Colonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Deputy Field Commander RBLF.

The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Private Md Farid Asraff bin Md Masri from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate, followed by the presentation of awards to the winners. Section 1, Platoon 8 from 'C' Company emerged as the overall champion after achieving the highest total points in the competition. Meanwhile, Corporal Mohamad Hadi Qawi bin Haji Rusli from Section 2, Platoon 5 of 'B' Company was awarded the Best Section Commander, while Private Muhammad Zulhadee Hamdi bin Asmali from Section 1, Platoon 7 of 'C' Company received the Best Section Second-in-Command award.

The Section Competition is aimed at testing and enhancing the effectiveness and combat readiness of the Section as a whole, which includes an assessment of basic tactical skills, knowledge and competencies such as navigation, physical fitness and endurance, tactics and techniques in fighting in built-up areas, teamwork, and the ability to make decisions under pressure.

 

ACARA PENUTUP BAGI PERLAWANAN ANTARA SEKSYEN 3BN TDDB

PERKHEMAHAN LUMUT, Jumaat, 27 Februari 2026 – Acara penutup bagi Perlawanan antara Seksyen Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah diadakan di Dewan Gerak Badan 3Bn TDDB di Perkhemahan Lumut. Perlawanan antara Seksyen yang telah diadakan dari 14 hingga 28 Disember 2025. Hadir bagi merasmikan acara penutup ialah Leftenan Kolonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Timbalan Pemerintah Medan TDDB.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Soldadu Md Farid Asraff bin Md Masri daripada Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Timbalan Pemerintah Medan TDDB seterusnya menyampaikan anugerah kepada semua pemenang dengan Seksyen 1, Platun 8 dari Kompeni 'C' memenangi tempat pertama dengan mencapai mata keseluruhan tertinggi dalam Perlawanan antara Seksyen. Sementara itu Koperal Mohamad Hadi Qawi bin Haji Rusli dari Seksyen 2, Platun 5, Kompeni 'B' dianugerahkan sebagai Ketua Seksyen Terbaik dan Soldadu Muhammad Zulhadee Hamdi bin Asmali dari Seksyen 1, Platun 7, Kompeni 'C' sebagai Penolong Ketua Seksyen Terbaik.  

Tujuan Perlawanan antara Seksyen tersebut adalah untuk menguji dan meningkatkan keberkesanan serta kesiapsiagaan tempur peringkat Seksyen secara keseluruhan yang merangkumi penilaian terhadap kemahiran asas taktikal, pengetahuan dan kecekapan seperti navigasi hutan, kecergasan dan ketahanan fizikal, taktik dan teknik dalam pertempuran di kawasan bandar, kerja berpasukan, serta kebolehan membuat keputusan di bawah tekanan.