Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBLF STRENGTHENS CIVIL–MILITARY RELATIONS

KAMPONG UKONG, Friday, 13th February 2026 – The Second Battalion Royal Brunei Land Forces (2Bn RBLF) participated in a community service initiative in support of the Mukim Consultative Council (Majlis Perundingan Mukim, MPM) Ukong Community Service Project, held at Kampong Bukit, Mukim Ukong. The initiative was led by Yang Berhormat Awang Haji Muhammad Danial @ Tek Pin bin Yaakub, Penghulu Mukim Ukong, Tutong District. Also present was the Village Head of Kampong Bukit and Long Mayan, Awang Muhd Hafizul Azmee bin Abdullah Zaman.

Personnel from the 2Bn RBLF provided manpower assistance through area cleaning works and the partial demolition of a house structure to facilitate refurbishment efforts for an underprivileged family. The programme underscores the RBLF's steadfast commitment to supporting community development and social well-being, reflecting the broader responsibility of the Royal Brunei Armed Forces in contributing towards societal harmony.

TDDB PERKUKUH HUBUNGAN TENTERA DAN AWAM

KAMPONG UKONG, Jumaat, 13 Februari 2026 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah menyertai inisiatif khidmat masyarakat bagi menyokong Projek Khidmat Masyarakat Majlis Perundingan Mukim (MPM) Ukong yang diadakan di Kampong Bukit, Mukim Ukong. Inisiatif tersebut telah diketuai oleh Yang Berhormat Awang Haji Muhammad Danial @ Tek Pin bin Yaakub, Penghulu Mukim Ukong, Daerah Tutong. Turut hadir ialah Ketua Kampong Bukit dan Long Mayan, Awang Muhd Hafizul Azmee bin Abdullah Zaman.

Anggota 2Bn TDDB telah menyumbangkan tenaga melalui kerja-kerja pembersihan kawasan serta bantuan dalam merobohkan sebahagian struktur rumah bagi membantu sebuah keluarga yang kurang berkemampuan dalam usaha membaik pulih kediaman mereka. Program ini menyerlahkan komitmen berterusan TDDB dalam menyokong pembangunan dan kesejahteraan masyarakat, dan mencerminkan tanggungjawab Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dalam menyumbang ke arah keharmonian sosial.​