Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

3BN RBLF AND 2RGR HELD AN INTERACTION SESSION

BELAIT, Tuesday, 10th February 2026 – The Third Battalion Royal Brunei Land Forces (3Bn RBLF) and the Second Battalion Royal Gurkha Rifles (2RGR) held an interaction session at the Garrison Officers' Mess, and Garrison Sports Complex, located along Jalan Maulana, Kuala Belait, following the recently concluded Exercise PARANG KUKRI 2026 held from 21st to 27th January 2026. The session was attended by Major Khairul Faizin bin Haji Abd Gapar, Commanding Officer of 3Bn RBLF, and Lieutenant Colonel Peter Houlton‑Hart, Commanding Officer of 2RGR, alongside officers and personnel from both battalions.

The session began with a luncheon, followed by a discussion on future collaborative training opportunities between the 3Bn RBLF and 2RGR. The interaction also includes a friendly football match, fostering camaraderie and teamwork among the officers and personnel of both units. Such engagement aims to strengthen bilateral ties and enhance interoperability through information sharing, experiences, and best practices, reflecting the enduring relationships between the two forces.

3BN TDDB DAN 2RGR ADAKAN SESI INTERAKSI

BELAIT, Selasa, 10 Februari 2026 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) dan Batalion Kedua Royal Gurkha Rifles (2RGR) mengadakan sesi interaksi di Mes Pegawai Garison, dan Kompleks Sukan Garison, yang terletak di Jalan Maulana, Kuala Belait, berikutan Eksesais PARANG KUKRI 2026 yang diadakan dari 21 hingga 27 Januari 2026. Sesi tersebut telah dihadiri oleh Mejar Khairul Faizin bin Haji Abd Gapar, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB, dan Leftenan Kolonel Peter Houlton‑Hart, Pegawai Pemerintah 2RGR, bersama pegawai-pegawai dan anggota dari kedua-dua batalion.

Sesi dimulakan dengan makan tengah hari, diikuti dengan perbincangan mengenai peluang latihan dan kerjasama di antara 3Bn TDDB dan 2RGR. Sesi interaksi itu juga merangkumi perlawanan bola sepak persahabatan, memupuk semangat setiakawan dan kerja berpasukan di kalangan pegawai dan anggota kedua-dua unit. Sesi seumpamanya bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dua hala dan meningkatkan interoperabiliti melalui perkongsian maklumat, pengalaman serta amalan terbaik, yang mencerminkan hubungan baik antara kedua-dua pasukan.