Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBLF RECEIVES AND DISTRIBUTES HIS MAJESTY’S PERSONAL GIFT OF DATES IN PREPARATION FOR RAMADHAN 1447H

BERAKAS GARRISON, Thursday, 12th February 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held the main Distribution Ceremony of Dates as a Personal Gift from His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, in conjunction with the forthcoming month of Ramadhan 1447 Hijrah corresponding to 2026 Masihi.

The main ceremony was conducted at the Royal Brunei Land Forces Headquarters, Berakas Garrison, and was officiated by Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Acting Commander of the RBLF. During the ceremony, the Acting Commander presented the dates to representatives from RBLF sub-units.

In addition to the main event at Headquarters, separate distribution ceremonies were also held at respective RBLF sub-units across the Land Forces formation, ensuring that all officers and personnel received His Majesty's personal gift in preparation for the holy month of Ramadhan.

The annual presentation of dates reflects His Majesty's generosity and unwavering concern towards His people and members of the Royal Brunei Armed Forces. The Royal Brunei Land Forces expresses its highest appreciation and gratitude for His Majesty's gracious gift and remains steadfast in loyalty and devotion to the Monarch while spiritually preparing to welcome the blessed month of Ramadhan.

TDDB MENGADAKAN MAJLIS UTAMA PENGAGIHAN KURMA KURNIA PERIBADI KDYMM DI MARKAS TDDB

BERAKAS GARISON, Khamis, 12 Februari 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Utama Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena menjelang bulan Ramadhan 1447 Hijrah bersamaan tahun 2026 Masihi.

Majlis utama tersebut telah berlangsung di Markas TDDB, Berakas Garison dan disempurnakan oleh Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Pemangku Pemerintah TDDB, yang menyampaikan kurma kurnia peribadi kepada wakil-wakil sub-unit TDDB.

Selain majlis utama di peringkat Markas, sub-unit TDDB di seluruh Tentera Darat turut mengadakan majlis pengagihan secara berasingan di unit masing-masing bagi memastikan semua pegawai dan anggota menerima kurma kurnia peribadi tersebut sebelum menjelangnya bulan Ramadhan yang mulia.

Pengurniaan kurma yang dilaksanakan setiap tahun ini mencerminkan kasih sayang serta keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia terhadap rakyat Baginda. TDDB menjunjung setinggi-tinggi kasih atas kurnia tersebut dan akan terus menzahirkan taat setia serta komitmen dalam melaksanakan amanah kepada agama, raja dan negara.

Pengurniaan kurma yang dilaksanakan setiap tahun ini mencerminkan kasih sayang, keprihatinan serta pemedulian Kebawah Duli Yang Maha Mulia terhadap rakyat Baginda. TDDB menjunjung setinggi-tinggi kasih atas kurnia tersebut dan terus menzahirkan taat setia serta komitmen dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.