Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

SINGAPORE CHIEF OF ARMY INTRODUCTORY VISIT

BERAKAS GARRISON, Friday, 30th January 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) received an official introductory visit from Major General Cai Dexian, the Chief of Singapore Army, at the RBLF Headquarters, Berakas Garrison. The visit was conducted from 29th to 31th January 2026, also in conjunction with the closing of Exercise MAJU BERSAMA 28/2026.

Upon arrival at the RBLF Headquarters, Major General Cai Dexian was received by Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the RBLF, followed by an inspection of the Guard of Honour mounted by personnel of the Royal Guard Regiment, RBLF led by Captain Abdul Wafiy @ Ali Hanif bin Hj Ali from the Second Battalion RBLF. Major General Cai Dexian then proceeded for a courtesy call to the RBLF Commander.
During the courtesy call, both sides reaffirmed the longstanding defence relations between the RBLF and the Singapore Army, which continues to be strengthened through various areas of cooperation, including bilateral exercises, professional interactions and military courses. Both sides also discussed various topics for the upcoming activities and interactions between the two armies.

As part of the visit programme, Major General Cai Dexian also made calls to The Honourable Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Ministers' Office and Minister of Defence II, and Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces. Major General Cai Dexian and his delegation also attended an Official Dinner hosted by the Commander of the RBLF at the Officers' Mess, Berakas Garrison.

Major General Cai Dexian was appointed as the Singapore Chief of Army on 21st March 2025, and this visit marked his first introductory visit to Brunei Darussalam since assuming the appointment. The visit further underscored the close and enduring defence relations between the RBLF and the Singapore Army through continued cooperation in bilateral exercises, professional exchanges and military training.

LAWATAN PENGENALAN RASMI PANGLIMA TENTERA DARAT REPUBLIK SINGAPURA

BERAKAS GARISON, Jumaat, 30 Januari 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menerima Lawatan Pengenalan Rasmi daripada Mejar Jeneral Cai Dexian, Panglima Tentera Darat Republik Singapura, bertempat di Markas TDDB, Berakas Garison. Lawatan ini telah diadakan bermula pada 29 hingga 31 Januari 2026 dan diteruskan sempena upacara penutup Eksesais MAJU BERSAMA 28/2026.

Setibanya di Markas TDDB, Mejar Jeneral Cai Dexian telah disambut oleh Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB, diikuti dengan pemeriksaan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota Rejimen Pengawal Diraja TDDB dan diketuai oleh Kapten Abdul Wafiy @ Ali Hanif bin Haji Ali daripada Batalion Kedua TDDB. Mejar Jeneral Cai Dexian seterusnya membuat Kunjungan Hormat kepada Pemerintah TDDB.

Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak telah mengesahkan hubungan pertahanan yang sekian lama terjalin antara TDDB dan Tentera Darat Republik Singapura yang terus diperkukuhkan melalui pelbagai bidang kerjasama termasuk eksesais dua hala, interaksi profesional dan kursus ketenteraan. Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai perkara bagi aktiviti dan interaksi yang akan datang antara kedua-dua tentera darat.

Sebagai sebahagian daripada program lawatan, Mejar Jeneral Cai Dexian juga telah membuat Kunjungan Hormat kepada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, serta Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Mejar Jeneral Cai Dexian bersama delegasi turut menghadiri Majlis Makan Malam Rasmi yang dihoskan oleh Pemerintah TDDB bertempat di Mes Pegawai, Berakas Garison.

Mejar Jeneral Cai Dexian telah dilantik sebagai Panglima Tentera Darat Republik Singapura pada 21 Mac 2025 dan lawatan ini merupakan lawatan pengenalan pertama beliau ke Negara Brunei Darussalam sejak pelantikan tersebut. Lawatan ini sekali gus menggariskan hubungan pertahanan yang erat dan berterusan antara TDDB dan Tentera Darat Republik Singapura melalui penglibatan dalam pelbagai bidang kerjasama termasuk eksesais dua hala, pertukaran profesional dan latihan ketenteraan.