RIMBA AIR FORCE BASE, Friday, 23rd January 2026 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Swimming and Water Polo Championship 2026 was held at the Sports Complex in Rimba Air Force Base from 20th to 23rd January 2026. The Royal Brunei Land Forces (RBLF) emerged as champion in the Swimming Championship, securing five gold medals, four silver, and two bronze medals.
Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF. Also in attendance were Members of the RBAF Executive Committee, Senior Officers, Officers and personnel of the RBAF. The championship featured four teams, namely the RBLF, Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF), and a Combined Team comprising personnel from the Ministry of Defence, Joint Force Headquarters RBAF, Defence Academy RBAF, Training Institute RBAF, and Special Forces Regiment RBAF.
A total of 11 swimming competitions across two categories were contested in the championship, namely Individual and Group. The swimming team from RBLF dominated the Swimming Championship final, the RBN secured runner-up position, followed by the Combined Team in third place and the RBAirF in fourth. In addition to the main event, a Water Polo Championship was also held, with the final match between the Combined Team and the RBN team. The Combined Team emerged as champion after defeating the RBN with a score of 4 – 3, while the RBLF came in third place.
The championship served as a competitive and unifying sporting event while promoting healthy and active lifestyles among RBAF personnel.












TDDB MUNCUL JUARA BAGI KEJOHANAN RENANG PERINGKAT ABDB TAHUN 2026
PANGKALAN TENTERA UDARA RIMBA, Jumaat, 23 Januari 2026 – Kejohanan Renang dan Polo Air Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) tahun 2026 telah berlangsung di Kompleks Sukan, Pangkalan Tentera Udara Rimba bermula pada 20t hingga 23 Januari 2026. Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) muncul juara dalam Kejohanan Renang selepas meraih lima pingat emas, empat pingat perak dan dua pingat gangsa.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB. Turut hadir ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota ABDB. Kejohanan tersebut menampilkan empat pasukan iaitu TDDB, Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, dan Pasukan Gabungan yang terdiri daripada anggota Kementerian Pertahanan, Markas Angkatan Bersama ABDB, Akademi Pertahanan ABDB, Institut Latihan ABDB dan Rejimen Pasukan Khas ABDB.
Sebanyak 11 pertandingan renang dalam dua kategori iaitu Renang Perseorangan dan Renang Berkumpulan. Pasukan renang TDDB telah menguasai Kejohanan Akhir Renang, Pasukan TLDB tempat kedua, diikuti dengan Pasukan Gabungan tempat ketiga dan Pasukan TUDB ditempat keempat. Selain dari acara renang, Kejohanan Polo Air juga diadakan dengan perlawanan akhir diantara Pasukan Gabungan dan Pasukan TLDB. Pasukan Gabungan telah muncul sebagai juara selepas menewaskan Pasukan TLDB dengan 4-3, manakala Pasukan TDDB menduduki tempat ketiga.
Kejohanan ini adalah merupakan wadah sukan yang bersifat kompetitif dan bersepadu, bagi memupuk gaya hidup sihat dan aktif dikalangan warga ABDB.