PENANJONG GARRISON, Thursday, 29th January 2026 – The closing ceremony of Exercise MAJU BERSAMA (XMB) 28/2025 between the First Battalion, Royal Brunei Land Forces (1Bn RBLF), and the First Battalion Singapore Infantry Regiment (1SIR), Singapore Army, was held at the Fighting in Built-Up Areas (FIBUA) Complex in Penanjong Garrison. In attendance to officiate the closing were Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the RBLF, and Major General Cai Deixian, Chief of Singapore Army.
Upon arrival at the Penanjong Garrison Officers' Mess, the Chief of Singapore Army and his delegation were welcomed by the RBLF Commander and the Board of Executive members. The programme then continued with an operational briefing at the Battalion Command Post at the FIBUA Complex, followed by a final attack demonstration. The signing of the Terms of Reference between the RBLF and Singapore Army were then held at the Warrant Officers', Staff Sergeants' and Sergeants' Mess, Penanjong Garrison.
The official closing ceremony subsequently took place at the FIBUA Complex parade area, commencing with an honorary salute and inspection of the parade, led by Major Pengiran Muhamad Syahir Fadilah bin Pengiran Salleh, Officer Commanding of 'E' Company, 1Bn RBLF. This was followed by the handing over of the flag from 1Bn RBLF to the 1SIR, and continued with remarks from both RBLF and Singapore Army commanders, which marks the conclusion of XMB 28/2025.
The exercise was conducted from 21st to 30th January 2026, involving a total of 273 personnel, comprising 161 personnel from 1Bn RBLF and 112 personnel from the 1 SIR. The successful conduct of XMB 28/2025 reflects a level of tactical maturity and interoperability that has become the hallmark of the special relationship between both armies.











XMB 28/2025 BERAKHIR SECARA RASMINYA
PENANJONG GARISON, Khamis, 29 Januari 2026 – Upacara Penutup Eksesais MAJU BERSAMA (XMB) 28/2025 di antara Batalion Pertama, Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) dan First Battalion Singapore Infantry Regiment (1SIR) telah diadakan di Kompleks Fighting in Built-Up Areas (FIBUA), Penanjong Garison. Hadir bagi menyempurnakan upacara tersebut ialah Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB, dan Mejar Jeneral Cai Dexian, Panglima Tentera Darat Singapura.
Setibanya di Mes Pegawai Penanjong Garison, Panglima Tentera Darat Singapura dan delegasi telah disambut oleh Pemerintah TDDB dan ahli Badan Eksekutif TDDB. Program kemudiannya diteruskan dengan taklimat operasi di Battalion Command Post bertempat di Kompleks FIBUA, diikuti dengan demonstrasi serangan akhir. Penandatanganan Terma Rujukan antara TDDB dan Tentera Darat Singapura kemudiannya diadakan di Mes Pegawai Waran, Staf Sarjan dan Sarjan, Penanjong Garison.
Upacara penutupan rasmi eksesais seterusnya berlangsung di kawasan Kompleks FIBUA, dimulakan dengan tabik hormat dan pemeriksaan perbarisan, yang diketuai oleh Mejar Pengiran Muhamad Syahir Fadilah bin Pengiran Salleh, Pegawai Memerintah Kompeni 'E', 1Bn TDDB. Ini diikuti dengan penyerahan bendera daripada 1Bn TDDB kepada 1SIR, dan diteruskan dengan ucapan daripada kedua-dua Pemerintah TDDB dan Tentera Darat Singapura, yang menandakan berakhirnya XMB 28/2025.
Eksesais tersebut telah dijalankan dari 21 hingga 30 Januari 2026, melibatkan seramai 273 anggota terdiri daripada 161 anggota 1Bn TDDB dan 112 anggota 1 SIR. Kejayaan pengendalian XMB 28/2025 ini mencerminkan tahap kematangan taktikal dan interoperabiliti yang telah menjadi ciri keakraban dan hubungan istimewa antara kedua-dua tentera darat.