Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

EXERCISE SEMANGAT WAJA 8/2026 CONCLUDES

TEMBURONG, Friday, 30 January 2026 – Exercise SEMANGAT WAJA (XSW) 8/2026 officially concluded with the conduct of its Final Attack at Pulau Baru-Baru and Bangar Camp, Temburong. In attendance to witness the final phase were Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Deputy Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), and Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the Royal Brunei Land Forces (RBLF).

The sequence of events for the final attack commenced with a Brigade-level attack at Pulau Baru-Baru, followed by Bangar Camp. XSW 8/2026 was conducted from 21st to 30th January 2026 and encompassed a wide range of operational scenarios aimed at enhancing RBLF readiness, coordination, and operational effectiveness. Among the scenarios were anti-riot operations, vehicle checkpoints, riverine and transnational crime, cybercrime response, improvised explosive device (IED) response, vehicle-borne improvised explosive device (VBIED) incidents, Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR), Hearts and Minds, Company-Level attacks, and Brigade-Level attacks.

The successful conclusion of Exercise SEMANGAT WAJA 8/2026 reflects the RBLF's continued commitment to maintaining a high level of preparedness in addressing both conventional and non-conventional threats, while strengthening command and control, inter-unit coordination, and overall operational readiness.

EKSESAIS SEMANGAT WAJA 8/2026 BERAKHIR

TEMBURONG, Jumaat, 30 Januari 2026 – Eksesais SEMANGAT WAJA (XSW) 8/2026 secara rasminya telah berakhir dengan pelaksanaan Serangan Akhir yang diadakan di Pulau Baru-Baru dan Perkhemahan Bangar, Temburong. Hadir bagi menyaksikan fasa akhir ialah Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim, Timbalan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), dan Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).

Urutan pelaksanaan serangan akhir dimulakan dengan serangan peringkat Briged di Pulau Baru-Baru, diikuti dengan serangan di Perkhemahan Bangar. XSW 8/2026 telah dilaksanakan dari 21 hingga 30 Januari 2026, merangkumi pelbagai senario operasi yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan, koordinasi dan keberkesanan operasi TDDB. Antara senario yang dilaksanakan termasuk operasi kawalan rusuhan, pemeriksaan kenderaan, operasi sungai dan jenayah rentas sempadan, tindak balas jenayah siber, ancaman alat letupan buatan sendiri, insiden alat letupan buatan sendiri pada kenderaan, Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Alam, serangan peringkat Kompeni serta Briged.

Kejayaan pelaksanaan XSW 8/2026 ini mencerminkan komitmen berterusan TDDB untuk mengekalkan tahap kesiapsiagaan yang tinggi dalam menghadapi ancaman konvensional dan bukan konvensional, di samping mengukuhkan keupayaan  perintah dan kawalan, koordinasi antara unit serta kesediaan operasi.