Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

REGIMENT SIGNAL INSTRUCTOR COURSE CONCLUDES

PENANJONG GARRISON, Thursday, 15th January 2026 — The School of Infantry Royal Brunei Land Forces (SOI RBLF) conducted the Commanding Officer (CO) Challenge and closing ceremony of the Regiment Signal Instructor Course held at the Signal Training Wing, SOI RBLF, Penanjong Garrison. A total of 26 participants, comprising personnel from various RBLF sub-units, Royal Brunei Air Force, Joint Force Headquarters Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Special Forces Regiment RBAF, and the Gurkha Security Unit, had completed the course conducted from 10th November 2025 to 30th January 2026. The closing was officiated by Major Ahmad Bohare bin Haji Mansor, SOI Commanding Officer.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, led by Lance Corporal Md Syafiq Naqiuddin bin Md Zaidi from the RBAF Religious Directorate. This was followed by the CO Challenge, which served as the culminating assessed activity of the Regiment Signal Instructor Course, designed to evaluate participants' physical endurance, technical signal proficiency, teamwork, and their ability to establish and maintain effective communications under simulated operational conditions. The challenge involved a forced march carrying an 8-metre telescopic mast and MA 729 antenna, a series of competitive stations, and the establishment of a functional communication link.

It then continued with a course review from Staff Sergeant Mohamad Aizam bin Mahali, Course Conductor, followed by the presentation of badges and certificates to all course participants. Awards were also presented to outstanding participants, with the Best Theory Award awarded to Lance Corporal Azdy Marian bin Mohd Addy Mariande from Signal Squadron Combat Service Support (CSS) RBLF, the Best Practical Award to Lance Corporal Muhammad 'Alwi bin Haji Mohammad from the Royal Guard Regiment RBLF, the Best Method of Instruction Award to Corporal Akmal Izzuddin bin Haji Saini from Signal Squadron CSS RBLF, and the Best Overall Student Award to the Special Forces Regiment RBAF personnel.

The event concluded with an address by the Commanding Officer, followed by the presentation of the CO Challenge Syndicate Winner Trophy and the official closing of the Regiment Signal Instructor Course. The course is aimed at developing highly skilled and effective signal instructors while enhancing interoperability and operational readiness within signal units across the RBAF.

KURSUS JURULATIH SEMBOYAN REJIMEN BERAKHIR

PENANJONG GARISON, Khamis, 15 Januari 2026 – Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB) telah mengadakan Perlawanan Commanding Officer (CO) Challenge dan Majlis Penutup Kursus Jurulatih Semboyan Rejimen bertempat di Cawangan Latihan Semboyan, Sekolah Infantri TDDB, Penanjong Garison. Seramai 26 peserta yang terdiri dari anggota daripada pelbagai sub-unit TDDB, Tentera Udara Diraja Brunei, Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Rejimen Pasukan Khas ABDB serta Pasukan Sekuriti Gurkha telah berjaya menamatkan kursus yang diadakan bermula dari 10 November 2025 hingga 30 Januari 2026. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Mejar Ahmad Bohare bin Haji Mansor, Pegawai Pemerintah SI.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Lans Koperal Md Syafiq Naqiuddin bin Md Zaidi dari Jabatanarah Agama ABDB. Majlis kemudiannya diteruskan dengan perlawanan CO Challenge, yang merupakan aktiviti penilaian kemuncak kursus, yang bertujuan untuk menilai tahap ketahanan fizikal, kecekapan teknikal semboyan, kerjasama berpasukan serta keupayaan peserta untuk mewujudkan dan mengekalkan sistem komunikasi yang berkesan dalam suasana operasi. Perlawanan ini melibatkan aktiviti forced march dengan membawa 8 meter Telescopic Mast dan Antena MA 729 ke beberapa stesen perlawanan serta mendirikan antena sehingga komunikasi berjaya diwujudkan.

Majlis diteruskan dengan ulasan kursus oleh Staf Sarjan Mohamad Aizam bin Mahali, selaku Pengendali Kursus, disusuli dengan penyampaian lencana dan sijil kepada semua peserta kursus.  Anugerah Penuntut Terbaik Teori telah diberikan kepada Lans Koperal Azdy Marian bin Mohd Addy Mariande dari Skuadron Semboyan Khidmat Bantuan Kombat (KBK) TDDB, Anugerah Penuntut Terbaik Amali kepada Lans Koperal Muhammad 'Alwi bin Haji Mohammad dari Rejimen Pengawal Diraja TDDB, Anugerah Penuntut Terbaik Kaedah Mengajar kepada Koperal Akmal Izzuddin bin Haji Saini dari Skuadron Semboyan KBK TDDB, dan Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan kepada anggota dari Rejimen Pasukan Khas, ABDB.

Majlis diakhiri dengan ucapan dari Pegawai Pemerintah, diikuti dengan penyampaian Piala Pemenang Sindiket Perlawanan CO Challenge serta penutupan rasmi Kursus Jurulatih Semboyan Rejimen. Kursus ini adalah bertujuan untuk melahirkan jurulatih semboyan yang berkemahiran tinggi dan berkeupayaan, di samping meningkatkan tahap interoperabiliti serta kesiapsiagaan operasi unit-unit semboyan dalam ABDB.