BERAKAS GARRISON, Thursday, 15th January 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held a Special Congregational Sunat Hajat Prayer to seek blessings for the continued health and well-being of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. The prayer was held concurrently at all RBLF suraus, including Pulau Baru-Baru Mosque, with the main event at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison. Present at the event was Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the RBLF, along with senior officers, officers, and RBLF personnel.
The ceremony commenced with Fardhu Maghrib prayer led by Imam Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile, the Imam of Surau Al-Fa'izun, followed by Sunat Hajat prayer, recital of Surah Yasin and a Special Doa. It then proceeded with Fardhu Isya' prayer and Selawat Qiam, before concluding with Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam.
The prayer was also held at all mosques, suraus, and prayer halls nationwide, forming part of a series of spiritual initiatives which will continue until Sunday, 18 January 2026.

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
MAJLIS SEMBAHYANG SUNAT HAJAT, BACAAN SURAH YASIN DAN DOA KHAS BAGI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN
BERAKAS GARISON, Khamis, 15 Januari 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah bagi memohon kesejahteraan dan kesihatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Sembahyang Sunat hajat diadakan secara serentak di semua surau TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan acara tumpuan di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison. Turut hadir pada acara tersebut ialah Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB, bersama Pegawai-pegawai kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TDDB.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib yang dipimpin oleh Imam Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile, Imam Surau Al-Fa'izun, diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat, Bacaan Surah Yasin dan Doa Khas. Acara kemudiannya diteruskan dengan Sembahyang Fardhu Isya' dan Selawat Qiam, sebelum diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.
Sembahyang Sunat Hajat ini turut diadakan di semua masjid, surau, dan balai ibadat seluruh negara, sebagai inisiatif kerohanian yang akan diteruskan sehingga hari Ahad, 18 Januari 2026.