Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

BASIC DENTAL AND DENTAL INDUCTION COURSE CLOSING EVENT

BERAKAS GARRISON, Friday, 16th January 2026 — The Royal Brunei Land Forces (RBLF) Dental Services held the closing event for the Basic Dental and Dental Induction Course at the RBLF Dental Services Headquarters, Berakas Garrison. A total of six personnel successfully completed the Basic Dental Course, while one personnel completed the Dental Induction Course. The closing was officiated by Colonel Dr Jefri bin Haji Abdul Razak, Chief Dental Services RBLF.

The event commenced with a course summary delivered by Lieutenant Haji Ahmad Wajdi bin Haji Mohamad Rozaini, Dental Training Officer, followed by the presentation of certificates to all course participants. Lance Corporal Stephenie binti Batong from Muara Dental Services was awarded the Overall Best Student Award for the Basic Dental Course. The Chief Dental Services subsequently delivered his address, highlighting the importance of continuous professional development in enhancing the knowledge, skills, and experience of dental personnel to ensure effective and efficient execution of daily duties. He further emphasised that such courses are essential in strengthening work competency among Dental Services personnel, thereby contributing towards improved workflow efficiency and overall service delivery within the RBLF Dental Services.

The Basic Dental Course was internally designed in alignment with the latest Dental Services RBLF Career Development Structure introduced in October 2023. The course aims to enhance technical knowledge, practical skills, and professional experience among dental personnel. Meanwhile, the Dental Induction Course was conducted specifically for newly enlisted Dental Services RBLF personnel, to provide a comprehensive understanding of the organisation's structure, roles, responsibilities, and functions within the RBLF Dental Services.

ACARA PENUTUP KURSUS PENINGKATAN PERGIGIAN DAN KURSUS PENGENALAN PERGIGIAN

BERAKAS GARISON, Jumaat, 16 Januari 2026 — Khidmat Pergigian Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan acara penutup bagi Kursus Peningkatan Pergigian dan Kursus Pengenalan Pergigian bertempat di Markas Khidmat Pergigian TDDB, Berakas Garison. Seramai enam anggota telah berjaya menamatkan Kursus Peningkatan Pergigian, manakala seorang anggota menamatkan Kursus Pengenalan Pergigian. Acara penutup telah disempurnakan oleh Kolonel Dr Jefri bin Haji Abdul Razak, Ketua Khidmat Pergigian TDDB.

Acara dimulakan dengan ulasan kursus yang disampaikan oleh Leftenan Haji Ahmad Wajdi bin Haji Mohamad Rozaini, Pegawai Latihan Pergigian, diikuti dengan penyampaian sijil kepada para peserta. Lans Koperal Stephenie binti Batong daripada Khidmat Pergigian Muara telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan bagi Kursus Peningkatan Pergigian. Seterusnya, Ketua Khidmat Pergigian telah menyampaikan ucapan dengan menekankan kepentingan kursus tersebut dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman anggota agar dapat melaksanakan tugas harian dengan lebih cekap dan berkesan. Beliau turut menegaskan bahawa pelaksanaan kursus seumpama ini merupakan langkah strategik dalam memastikan setiap anggota Khidmat Pergigian TDDB memiliki tahap kompetensi kerja yang tinggi serta berupaya meningkatkan keberkesanan aliran kerja dan penyampaian perkhidmatan secara keseluruhan.

Kursus Peningkatan Pergigian telah direka secara dalaman bagi menepati keperluan Struktur Perkembangan Kerjaya Khidmat Pergigian TDDB yang diperkenalkan pada Oktober 2023. Kursus ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta pengalaman anggota dalam melaksanakan tugas dan rutin harian dengan lebih sistematik dan berkesan. Sementara itu, Kursus Pengenalan Pergigian dilaksanakan khusus bagi anggota baharu Khidmat Pergigian bagi memberikan kefahaman yang jelas mengenai struktur organisasi, peranan, tanggungjawab serta fungsi Khidmat Pergigian TDDB.