Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

LAUNCHING CEREMONY OF EXERCISE SEMANGAT WAJA 08/2026

BERAKAS GARRISON, Wednesday, 21 January 2026  The Launching Ceremony of Exercise SEMANGAT WAJA (XSW) 08/2026 was held at the Parade Square of the First Battalion, Royal Brunei Land Forces (RBLF), Berakas Garrison. The ceremony was officiated by Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the RBLF, and attended by the RBLF Board of Executive Members, Senior Officers, as well as officers and personnel of the RBLF.

Upon arrival, the Commander of the RBLF received an honorary salute, followed by an inspection of the parade comprising 567 personnel from various RBLF sub-units, commanded by Major Pengiran Haji Mohammad Razif bin Pengiran Haji Idros, Directing Staff, Officers' Development Wing, School of Infantry, RBLF. The ceremony then continued with an address by the RBLF Commander, who emphasised that XSW 8/2026 is a major RBLF exercise planned in phases in line with the Force 2035 direction, aimed at ensuring the Force remains relevant, modern, and fully prepared to address increasingly complex and multi-domain operational challenges, both present and future. The exercise serves to assess and validate the level of preparedness and readiness of RBLF sub-units, encompassing combat capabilities, command and control systems, leadership, combat support integration, and interoperability with other security agencies through a Whole-of-Government and Whole-of-Nation approach. He further highlighted that the readiness achieved extends beyond physical and tactical aspects to include mental preparedness, discipline, professionalism, and adherence to the core values of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), thereby ensuring the RBLF remains a Mission-Ready Land Forces in safeguarding the interests of religion, the Monarch, and the nation. The presentation of patches to the Exercise Director, Chief Umpire and Chief Enemy was then proceeded before concluding with the recital of Doa and a photo session.​

XSW 08/2026 will be conducted from 21st January 2026 to 30th January 2026, and will incorporate Exercise MAJU BERSAMA 28/2025 (XMB 28/25) between the First Battalion RBLF and the First Battalion Singapore Infantry Regiment, as well as Exercise PARANG KUKRI involving the Third Battalion RBLF and the Second Battalion, Royal Gurkha Regiment. The exercise will be assisted by the Royal Brunei Navy, Royal Brunei Air Force and the involvement of other security agencies such as the Royal Brunei Police Force, Narcotics Control Bureau, Royal Customs and Excise Department, Gurkha Security Unit, as well as District Offices.

Set in the context of a contemporary scenario, the exercise aims to assess the level of tactical and operational preparedness and effectiveness of the RBLF across a range of military operations towards achieving Mission-Ready Land Forces. In addition, it also serves as preparation for the upcoming RBAF major exercise scheduled for this year.

UPACARA PELANCARAN EKSESAIS SEMANGAT WAJA 08/2026

BERAKAS GARISON, Rabu, 21 Januari 2026  Upacara Pelancaran Eksesais SEMANGAT WAJA (Eks SW) 08/2026 telah diadakan di Padang Kawad Batalion Pertama, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Berakas Garison. Upacara tersebut disempurnakan oleh Brigadier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB, dan dihadiri oleh Ahli-ahli Badan Eksekutif TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, serta Pegawai-pegawai dan anggota TDDB.

Sejurus ketibaan, Pemerintah TDDB menerima tabik hormat dan seterusnya memeriksa perbarisan yang melibatkan seramai 567 anggota dari pelbagai sub-sub unit TDDB, diketuai oleh Mejar Pengiran Haji Mohammad Razif bin Pengiran Haji Idros, Juruarah Cawangan Perkembangan Pegawai, Sekolah Infantri, TDDB. Upacara diteruskan dengan ucapan oleh Pemerintah TDDB, di mana beliau menekankan Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, menegaskan bahawa Eks SW 8/2026 merupakan latihan utama TDDB yang dirancang secara berperingkat selaras dengan hala tuju Force 2035 bagi memastikan kesiapsiagaan dan keupayaan pasukan sentiasa relevan, moden dan berkeupayaan menghadapi cabaran operasi semasa serta masa hadapan yang semakin kompleks dan berbilang domain. Eksesais ini juga adalah bertujuan untuk menilai dan mengesahkan tahap kesiapsiagaan dan kesediaan sub-unit TDDB, meliputi keupayaan tempur, sistem perintah dan kawalan, kepimpinan, integrasi sokongan tempur serta interoperabiliti bersama agensi keselamatan lain melalui pendekatan Whole-of-Government dan Whole-of-Nation. Beliau turut menekankan bahawa kesiapsiagaan yang dicapai bukan sahaja dari aspek fizikal dan taktikal, malah merangkumi mental, disiplin, profesionalisme serta pematuhan kepada nilai teras Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi memastikan TDDB kekal sebagai pasukan darat yang siap sedia melaksanakan misi demi kepentingan agama, raja dan negara. Pemasangan patches kepada Ketua Eksesais, Ketua Wasit dan Ketua Musuh kemudiannya dilaksanakan sebelum diakhiri dengan bacaan Doa dan sesi bergambar ramai.

Eks SW 08/2026 akan dilaksanakan bermula dari 21 Januari 2026 hingga 30 Januari 2026 dan akan menggabungkan Eksesais MAJU BERSAMA 28/2025 (XMB 28/25) antara Batalion Pertama TDDB dan First Battalion Singapore Infantry Regiment, serta Eksesais PARANG KUKRI yang melibatkan Batalion Ketiga TDDB dan Second Battalion, Royal Gurkha Regiment. Eksesais ini juga akan dibantu oleh Tentera Laut Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei dan penglibatan agensi-agensi keselamatan lain seperti Pasukan Polis Diraja Brunei, Biro Kawalan Narkotik, Jabatan Kastam dan Eksesais Diraja, Pasukan Sekuriti Gurkha, serta Pejabat-Pejabat Daerah.

Dengan konteks senario kontemporari, eksesais ini adalah bertujuan untuk menilai tahap kesiapsiagaan serta keberkesanan TDDB di peringkat taktikal dan operasional di pelbagai operasi ketenteraan ke arah mencapai Mission-Ready Land Forces. Selain itu, ianya juga adalah sebagai persiapan bagi eksesais utama ABDB yang dijadualkan berlangsung pada tahun ini.