SOUTH LEBANON, Thursday, 15th January 2026 – Officers and personnel of the Royal Brunei Land Forces who are currently joining the Malaysian Battalion 850-13 (MALBATT 850-13) as part of the peacekeeping mission under the United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) held a Special Congregational Sunat Hajat Prayer to seek blessings for the continued health and well-being of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. It was held at the Kawkaba Mosque, Ma'rakah Camp and the Al Mujahadah Mosque, Tibnine Camp, South Lebanon.
Present at the event was Colonel Haji Mohd Rizwan bin Abdullah, Commander MALBATT 850-13, who was also joined by Senior Officers, Officers and all personnel of the MALBATT 850-13 Contingent. The ceremony began with the congregational Fardhu Maghrib prayer, followed by the Sunat Hajat prayer, the recitation of Surah Yasin, and a special Doa, prior concluding with Fardhu Isya' prayer.
All MALBATT 850-13 personnel pray that His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam will be blessed with recovery and good health from Allah Subhanahu Wata'ala.







MALBATT 850-13 ADAKAN SEMBAHYANG SUNAT HAJAT, BACAAN SURAH YASIN DAN DOA KHAS BAGI KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN
SELATAN LUBNAN, Khamis, 15 Januari 2025 – Pegawai-pegawai dan anggota Tentera Darat Diraja Brunei yang sedang menyertai Batalion Malaysia 850-13 (Malaysian Battalion, MALBATT 850-13) bagi misi pengaman di bawah United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) turut mengadakan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah bagi memohon kesejahteraan dan kesihatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Ianya berlangsung di Masjid Kawkaba, Kem Ma'rakah dan Masjid Al Mujahadah, Kem Tibnine, Selatan Lubnan.
Hadir di majlis tersebut ialah Kolonel Haji Mohd Rizwan bin Abdullah, Komander MALBATT 850-13 dan turut disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota Kontingen MALBATT 850-13. Majlis dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yasin dan Doa Khas, sebelum diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Isya'.
Seluruh warga MALBATT 850-13 mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan dari Allah Subhanahu Wata'ala.