Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBLF HUMANITARIAN ASSISTANCE AND DISASTER RELIEF RESPONSE

BRUNEI, Saturday, 10th January 2026 – In response to continuous heavy rainfall and unstable weather conditions affecting several areas across Negara Brunei Darussalam, the Royal Brunei Land Forces (RBLF) continues to provide Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) response in close coordination with relevant government agencies.

In the Tutong District, the Second Battalion RBLF conducted relief efforts following flash floods that affected several residential areas and disrupted main road networks and access routes. The provision of transportation assistance using 4-ton vehicles were provided to evacuate residents at Jalan Kecil Takuyad, Kampong Bukit Udal, as well as the delivery of ration supplies from Kampong Panchung to Kampong Benutan in Jalan Sum-Sum area, to meet the basic needs of affected residents.

Meanwhile, in the Belait District, the Third Battalion RBLF in close coordination with the Brunei Fire and Rescue Department, had conducted the relief efforts at Suri Seri Begawan Hospital, in providing sandbags and canvas sheets to prevent floodwater from entering the building.

In light of the ongoing unpredictable weather conditions, the RBLF remains committed and always prepared to provide disaster relief efforts to the general public in all four districts. It will also continue to collaborate with other relevant agencies to uphold a Whole-of-Nation Approach to disaster response.

TDDB MELAKSANAKAN BANTUAN KEMANUSIAAN DAN BENCANA ALAM

BRUNEI, Sabtu, 10 Januari 2026 – Susulan hujan lebat berterusan serta keadaan cuaca yang tidak menentu yang menjejaskan beberapa kawasan di seluruh Negara Brunei Darussalam, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) terus memberikan Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Alam dengan kerjasama rapat bersama agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Di Daerah Tutong, Batalion Kedua TDDB telah memberikan bantuan susulan kejadian banjir kilat yang menjejaskan beberapa kawasan perumahan serta mengganggu  rangkaian jalan utama dan laluan ke kawasan pedalaman. Bantuan tersebut merangkumi  pengangkutan menggunakan kenderaan 4 tan bagi memindahkan penduduk  terjejas di Jalan Kecil Takuyad, Kampong Bukit Udal, serta pengagihan catuan makanan dari Kampong Panchung ke Kampong Benutan di kawasan Jalan Sum-Sum, bagi memenuhi keperluan asas penduduk yang terjejas.

Sementara itu, di Daerah Belait, Batalion Ketiga TDDB dengan kerjasama rapat bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei Darussalam telah melaksanakan bantuan di Hospital Suri Seri Begawan dalam penyediaan sandbag dan canvas bagi menghalang air banjir daripada memasuki kawasan bangunan hospital.

Dalam menghadapi keadaan cuaca yang aktif dan tidak menentu, TDDB akan terus komited dan sentiasa bersiapsiaga untuk memberikan bantuan bencana kepada masyarakat awam di keempat-empat daerah. TDDB juga akan terus berkerjasama dengan agensi-agensi yang relevan dalam mendokong pendekatan Whole-of-Nation dalam respon bencana. Dalam menghadapi keadaan cuaca yang aktif dan tidak menentu, TDDB akan terus komited dan sentiasa bersiapsiaga untuk memberikan bantuan bencana kepada masyarakat awam di keempat-empat daerah. TDDB juga akan terus berkerjasama dengan  agensi-agensi yang relevan dalam mendokong pendekatan Whole-of-Nation dalam respon bencana.