TANAH JAMBU, Friday, 09 January 2026 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) held an Outstanding Awards Ceremony today at the Defence Academy Auditorium, Tanah Jambu, to honour the academic achievements of the children of its personnel for the year 2025. A total of 146 recipients, including 53 children from the Royal Brunei Land Forces (RBLF), received excellence and appreciation awards in the form of certificates and gifts for their outstanding results in the International Baccalaureate (IB), General Certificate of Education (GCE) 'A' Level, GCE 'O' Level, Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB), Sijil Pelajaran Tinggi Ugama Brunei (SPTUB), Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU), and Penilaian Sekolah Rendah (PSR).
Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF, graced the occasion as the Guest of Honour. The event was also attended by Members of the RBAF Executive Committee, Senior Officers, as well as parents and guardians of the award recipients. This year's event was organised by the Royal Brunei Land Forces (RBLF), led by Major Harensuhandy bin Haji Abdullah, Deputy Commanding Officer Third Battalion RBLF.
The annual event aims to convey appreciation to the children of RBAF officers and personnel who have achieved excellent academic results, as well as to encourage them to continue pursuing excellence. Besides the gifts and certificates from the RBAF, sponsorship from companies such as Bank Islam Brunei Darussalam, Takaful Brunei, Imagine Sdn Bhd, Perusahaan Bismi, and Samima Sdn Bhd also contributed gifts to the recipients. Such initiatives further encourage RBAF officers and personnel to remain committed to their children's education, in line with the goals of Brunei Vision 2035 in producing educated, highly skilled, and successful citizens.













PENGANUGERAHAN BAGI 53 ANAK-ANAK CEMERLANG TDDB
TANAH JAMBU, Jumaat, 09 Januari 2026 – Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Penganugerahan Anak-Anak Cemerlang hari ini bertempat di Auditorium Akademi Pertahanan, Tanah Jambu bagi menghargai pencapaian akademik anak-anak pegawai dan anggota ABDB bagi tahun 2025. Seramai 146 orang penerima, termasuk 53 anak-anak pegawai dan anggota TDDB telah menerima anugerah kecemerlangan dan penghargaan berupa sijil serta hadiah atas pencapaian cemerlang mereka dalam peperiksaan International Baccalaureate (IB), General Certificate of Education(GCE) 'A' Level, GCE 'O' Level, Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB), Sijil Pelajaran Tinggi Ugama Brunei (SPTUB), Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) dan Penilaian Sekolah Rendah (PSR).
Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB selaku Tetamu Kehormat, telah menyempurnakan majlis tersebut. Turut hadir ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB, Pegawai-pegawai Kanan, serta para ibu bapa dan penjaga penerima anugerah. Acara tahun ini telah dikendalikan oleh Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), yang diketuai oleh Mejar Harensuhandy bin Haji Abdullah, Timbalan Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga TDDB.
Majlis tahunan ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan kepada anak-anak pegawai dan anggota ABDB yang telah mencapai keputusan akademik yang cemerlang serta menggalakkan mereka untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan. Selain sijil dan hadiah daripada pihak ABDB, penajaan turut disumbangkan oleh Bank Islam Brunei Darussalam, Takaful Brunei, Imagine Sdn Bhd, Perusahaan Bismi dan Samima Sdn Bhd. Penganjuran majlis seumpama ini juga diharap dapat menggalakkan pegawai dan anggota ABDB untuk terus komited dalam memeduli pendidikan anak-anak ke arah mendokong matlamat Wawasan Brunei 2035, khususnya dalam melahirkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya.