Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBLF INTER-WOMEN’S FINAL NETBALL CHAMPIONSHIP 2025

BERAKAS GARRISON, Friday, 9th January 2026 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held the Inter-Women's Final Netball Championship 2025 from 8th to 9th January 2026 at the Berakas Garrison Gymnasium. The championship was participated in by three teams, which consisted of a combined team from the RBLF Headquarters (RBLF HQ) and HQ Company RBLF (HQ Coy RBLF), a combined team from the Field HQ RBLF, Medical Services and Dental Services, as well as a team from Combat Service Support RBLF (CSS RBLF).

The combined team from the Field HQ, Medical Services and Dental Services, emerged as champion after defeating the combined team from the RBLF HQ and HQ Coy RBLF with a score of 17 – 04, while the team from CSS RBLF won third place. Meanwhile, the Best Player Award went to Lance Corporal Dayangku Aqilah binti Pengiran Samsul Bahri from the combined team of Field HQ, Medical Services and Dental Services team. Present to deliver the winning prizes was Colonel Dr Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, Chief Medical Services RBLF, and also attended by RBLF female officers and personnel.

The championship underscored the RBLF's commitment to promoting physical fitness, teamwork and camaraderie among its women personnel. It also served as a platform to select players who will represent the RBLF in the Royal Brunei Armed Forces-level netball championship.

PERTANDINGAN AKHIR KEJOHANAN BOLA JARING ASKAR WANITA PERINGKAT TDDB BAGI TAHUN 2025

BERAKAS GARISON, Jumaat, 9 Januari 2026 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Kejohanan Akhir Bola Jaring Askar Wanita Peringkat TDDB di Dewan Gerak Badan, Berakas Garison. Kejohanan ini disertai oleh tiga pasukan yang terdiri daripada Pasukan Gabungan Markas TDDB (Mrks TDDB) dan Kompeni Mrks TDDB (Komp Mrks TDDB), Pasukan Gabungan dari Mrks Medan TDDB, Khidmat Perubatan dan Kesihatan dan Khidmat Pergigian TDDB, serta Pasukan daripada Khidmat Bantuan Kombat TDDB (KBK TDDB).

Pasukan Gabungan daripada Mrks Medan, Khidmat Perubatan dan Kesihatan, dan Khidmat Pergigian telah muncul sebagai juara setelah berjaya menewaskan Pasukan Gabungan daripada Mrks TDDB dan Komp Mrks TDDB dengan jaringan sebanyak 17 – 04, manakala, Pasukan KBK telah menduduki tempat ketiga. Sementara itu, Anugerah Pemain Terbaik telah diberikan kepada Lans Koperal Dayangku Aqilah binti Pg Samsul Bahri dari Pasukan Gabungan Mrks Medan TDDB, Khidmat Perubatan dan Kesihatan dan Khidmat Pergigian TDDB. Hadir bagi menyampaikan hadiah kejohanan ialah Kolonel Dr Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB, dan turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai dan anggota wanita TDDB.

Kejohanan ini menekankan komitmen TDDB dalam mempromosikan kecergasan fizikal, kerja berpasukan dan semangat setiakawan di kalangan pegawai dan anggota wanita. Ianya juga menjadi platform untuk memilih pemain-pemain yang akan mewakili TDDB dalam kejohanan bola jaring peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.