PENANJONG GARRISON, Friday, 2 January 2026 – A total of 16 personnel from the First Battalion, Second Battalion and Third Battalion Royal Brunei Land Forces (RBLF) had successfully completed the Armoured Personnel Carrier (APC) Troop Sergeant Course in a closing event held at the Armoured Reconnaissance Squadron (ARS RBLF) Auditorium, Penanjong Garrison. The course was conducted from 17th November 2025 to 2nd January 2026.
The closing was officiated by Major Pengiran Muhammad Khairuddin bin Pengiran Haji Mohammad Tali, Acting Chief of Staff, Field Headquarters RBLF. The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by a course review from the Acting Training Officer of ARS RBLF, Lieutenant Muhammad Imma'mull Al Khair bin Zailan. It then continued with the presentation of certificates, with the Best Overall Student Award presented to Corporal Mohd Amyrol Risyam bin Hamidon from the Second Battalion RBLF. The event concluded with the recitation of the closing Doa and a group photo session.
The course is aimed to enhance the competency of APC personnel in administrative and maintenance management, in accordance with established procedures. Participants were also trained to manage and operate the Operation Room effectively and to utilise communication systems in an organised and systematic manner.






ACARA PENUTUP KURSUS TRUP SARJAN KAP
PENANJONG GARISON, Jumaat, 2 Januari 2026 – Seramai 16 anggota daripada Batalion Pertama, Batalion Kedua dan Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah berjaya menamatkan Kursus Trup Sarjan Kereta Angkut Perisai (KAP) dalam satu acara penutup yang berlangsung di Auditorium Skuadron Kereta Perisai Peninjau (SKPP TDDB), Penanjong Garison. Kursus tersebut telah dijalankan bermula dari 17 November 2025 hingga 2 Januari 2026.
Acara penutup telah disempurnakan oleh Mejar Pengiran Muhammad Khairuddin bin Pengiran Haji Mohammad Tali, Pemangku Ketua Staf Markas Medan TDDB. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ulasan kursus yang disampaikan oleh Leftenan Muhammad Imma'mull Al Khair bin Zailan, Pemangku Pegawai Latihan SKPP TDDB. Acara kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sijil, dengan Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan diberikan kepada Koperal Mohd Amyrol Risyam bin Hamidon daripada Batalion Kedua TDDB. Acara diakhiri dengan bacaan Doa penutup dan sesi bergambar ramai.
Kursus ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan anggota KAP dalam pengurusan pentadbiran dan penyelenggaraan, mengikut prosedur yang ditetapkan. Para peserta juga dilatih untuk mengurus dan mengendalikan Bilik Gerakan dengan efektif serta menggunakan alat perhubungan dengan teratur dan sistematik.