TUTONG, Sunday, 7th December 2025 – Twenty-five personnel from the Second Battalion Royal Brunei Land Forces (2Bn RBLF) participated in the 'Kanakan Jati' Festival organised by the Telisai Mukim Consultative Council together with the Village Consultative Councils under Mukim Telisai.
Present at the event was Major Mohammad Sufrien bin Johan, Commanding Officer of 2Bn RBLF. Also present were Penghulu of Mukim Telisai, Haji Haslan bin Shahbudin, Village Head of RPN Bukit Beruang, Awang Azman bin Haji Ismail, Village Head of Kampung Danau, Haji Mahmud bin Haji Johari, and Village Head of Kampung Telisai, Awang Sofian bin Haji Yussof. The festival commenced with an aerobic session followed by a 28-kilometre recreational cycling activity. Various fun sports and local community product exhibitions were also held at the Kampung Danau Jetty area.
The participation of 2Bn RBLF aimed to support local community initiatives while encouraging healthy lifestyle activities among personnel and members of the public. Such involvement reflects the RBLF's ongoing efforts in strengthening civil-military relations and promoting positive engagement with the communities.



2BN TDDB SERTAI ACARA PESTA 'KANAKAN JATI'
TUTONG, Ahad, 07 Disember 2025 – Seramai 25 anggota Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah menyertai Pesta 'Kanakan Jati' yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Mukim Telisai bersama Majlis-majlis Perundingan Kampung di bawah mukim berkenaan.
Hadir pada acara tersebut ialah Mejar Mohammad Sufrien bin Johan, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB. Turut hadir ialah Penghulu Mukim Telisai, Haji Haslan bin Shahbudin, Ketua Kampung RPN Bukit Beruang, Awang Azman bin Haji Ismail, Ketua Kampung Danau, Haji Mahmud bin Haji Johari, serta Ketua Kampung Telisai, Awang Sofian bin Haji Yussof. Pesta dimulakan dengan sesi senamrobik diikuti dengan aktiviti berbasikal sejauh 28 kilometer. Pelbagai sukan ria dan jualan produk tempatan turut diadakan di kawasan Jeti Kampung Danau.
Penyertaan 2Bn TDDB ini adalah sebagai sokongan terhadap inisiatif komuniti setempat serta menggalakkan aktiviti gaya hidup sihat dalam kalangan warga TDDB dan masyarakat umum. Penglibatan berterusan TDDB dalam program seumpamanya turut mencerminkan komitmen dalam memperkukuhkan hubungan baik tentera-awam dan menggalakkan penglibatan positif dengan masyarakat.