LAMBAK KANAN, Sunday, 07 December 2025 – The First Battalion Royal Brunei Land Forces (1Bn RBLF) participated in the 'Gotong Royong' campaign held at the Perpindahan Lambak Kanan Mosque, Mukim Berakas 'B', today.
This initiative was organised by the Mukim Berakas 'B' Consultative Council and brought together community volunteers, government and uniformed services, non-governmental organisations, students and educators, as well as representatives from the private sector. Present at the event was Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan, Member of the Legislative Council, together with community leaders and representatives from agencies involved. The programme began with a group photo session followed by the recitation of Surah Al-Fatihah and a Doa, before continuing with the launching of the Mukim Berakas 'B' campaign with a slogan “Mukim Bersih, Akal Sihat, Masyarakat Harmoni Bermuafakat."
The participation of 1Bn RBLF demonstrates RBLF's continued support towards community engagement activities and reflects its commitment in fostering positive relations and cooperation with the local community.




1BN TDDB SERTAI KEMPEN 'GOTONG ROYONG'
LAMBAK KANAN, Ahad, 07 Disember 2025 – Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) telah menyertai kempen Gotong Royong yang diadakan di kawasan Masjid Perpindahan Lambak Kanan, Mukim Berakas 'B' pada hari ini.
Inisiatif ini dianjurkan oleh Majlis Perundingan Mukim Berakas 'B' yang turut melibatkan sukarelawan daripada penduduk setempat, agensi kerajaan dan beruniform, penuntut, guru-guru, pertubuhan bukan kerajaan serta wakil daripada sektor swasta. Hadir pada acara tersebut ialah Yang Berhormat Awang Haji Daud bin Jihan, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, bersama ketua-ketua masyarakat dan wakil agensi yang terlibat. Acara dimulakan dengan sesi bergambar ramai diikuti bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa, dan seterusnya pelancaran Kempen Mukim Berakas 'B' dengan slogan, “Mukim Bersih, Akal Sihat, Masyarakat Harmoni Bermuafakat".
Penyertaan 1Bn TDDB mencerminkan sokongan berterusan TDDB terhadap aktiviti penglibatan kemasyarakatan serta mempamerkan komitmennya dalam memupuk hubungan dan kerjasama positif dengan masyarakat setempat.