Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

FIELD HEADQUARTERS HELD CEMETERY CLEANING CAMPAIGN

BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 4th December 2025  In conjunction with the 64th Anniversary of the Royal Brunei Land Forces (RBLF) and the 2nd Anniversary of the Field Headquarters RBLF, the sub-units of Field Headquarters held a cleaning campaign simultaneously at several Muslim cemeteries, which include the Jame' Asr Hassanil Bolkiah Muslim Cemetery, Seri Pimping Muslim Cemetery, Datu Umpong Muslim Cemetery, Kampong Batong Muslim Cemetery, Bukit Berangan Muslim Cemetery, Kampong Lumapas Muslim Cemetery, Sengkarai Muslim Cemetery, and An-Naem Muslim Cemetery in Anduki.

The main event took place at the Jame' Asr Hassanil Bolkiah Muslim Cemetery and was attended by Lieutenant Colonel Haji Mohammed Airul Wizam bin Haji Ahmad, Acting Field Commander RBLF. Also present at the respective locations were the Acting Chief of Staff Field RBLF, Commanding Officers, as well as family members of the deceased. The campaign at the cemetery includes the recitation of Surah Yaasin, Tahlil and Doa Arwah.

This activity is aimed at encouraging the desire to serve and contribute to the community as part of the RBLF effort towards community outreach, while strengthening the spiritual development and teamwork amongst RBLF personnel.

MARKAS MEDAN TDDB MENGADAKAN KEMPEN KEBERSIHAN DI TANAH PERKUBURAN ISLAM

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 04 Disember 2025  Sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Diraja Brunei (HUT TDDB) ke-64 dan HUT Markas Medan TDDB ke-2, sub-sub unit Markas Medan telah mengadakan kempen kebersihan secara serentak di beberapa tanah perkuburan Islam, antaranya ialah Tanah Perkuburan Jame' Asr Hassanil Bolkiah, Tanah Perkuburan Islam Seri Pimping Muara, Tanah Perkuburan Islam Datu Umpong, Tanah Perkuburan Islam Kampong Batong, Tanah Perkuburan Islam Bukit Berangan, Tanah Perkuburan Islam Kampong Lumapas, Tanah Perkuburan Islam Kampong Sengkarai, dan Tanah Perkuburan Islam An-Naem Anduki.

Acara utama telah berlangsung di Tanah Perkuburan Jame' Asr Hassanil Bolkiah dan telah dihadiri oleh Leftenan Kolonel Haji Mohammed Airul Wizam bin Haji Ahmad, Pemangku Pemerintah Medan TDDB. Turut hadir di lokasi lainnya ialah Pemangku Ketua Staf Medan TDDB, Pegawai-Pegawai Pemerintah, serta ahli keluarga anggota yang telah kembali ke Rahmatullah. Kempen di Tanah Perkuburan termasuk bacaan Surah Yaasin, Tahlil dan Doa Arwah.

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk menggalakkan keinginan untuk berkhidmat dan menyumbang kepada masyarakat sebagai sebahagian daripada usaha program jangkauan komuniti TDDB, disamping mengukuhkan lagi pembangunan kerohanian dan kerjasama di kalangan warga TDDB.