Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBLF PARTICIPATED IN THE 21ST ADMM-PLUS EWG ON PKO

BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 4th December 2025 –The Royal Brunei Land Forces (RBLF) officers participated in the 21st ASEAN Defence Ministers' Meeting Plus Experts' Working Group on Peacekeeping Operations (ADMM-Plus EWG on PKO) held at the Rizqun International Hotel, Gadong. The meeting was co-chaired by Lieutenant Colonel Pengiran Aeddie Masjaffrie bin Pengiran Haji Md Ja'afar, representing Brunei Darussalam, and Senior Colonel Man Guangzhi, representing the People's Republic of China.

The main highlight for the 21st ADMM-Plus EWG on PKO was the 1st Women, Peace and Security (WPS) Seminar with the theme “Optimising Women's Participation in Peacekeeping Operations: Challenges, Opportunities, and Strategies". The seminar commenced with a presentation session from the guest speakers, who shared information and best practices on various topics about women's participation in peacekeeping operations. These include the current progress made, the challenges and barriers limiting women's meaningful participation in peacekeeping, opportunities and niche roles, and policy-level strategies in advancing the WPS agenda. In a separate session, participants also had the opportunity to share their respective national efforts, initiatives and priorities in implementing the WPS agenda within the defence and peacekeeping domains.

The WPS is one of the main agendas under the ADMM-Plus EWG on PKO, which serves as an avenue to deliberate, share experiences, recommend practical actions and deliver the existing commitments for advancing women's full participation in the field of Peacekeeping Operations. The 21st ADMM-Plus EWG on PKO also features the Mid-Planning Conference, which discusses the PKO Exercise Concept, WPS workplan and finalises the detailed planning parameters necessary for the successful and coordinated execution of the forthcoming ADMM-Plus EWG on PKO Field Training Exercise (FTX).

The 21st ADMM-Plus EWG on PKO, which ran from 1st December to 4th December 2025, has brought together 69 participants and representatives from ASEAN countries, ASEAN-Plus countries and the ASEAN Secretariat.

TDDB MENYERTAI ADMM-PLUS EWG PKO KE-21

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 4 Disember 2025 – Pegawai-pegawai Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus Kumpulan Kerja Pakar bagi Operasi Pengamanan (ADMM-Plus Experts Working Group on Peacekeeping Operations, EWG PKO) ke-21 yang di adakan bertempat di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Leftenan Kolonel Pengiran Aeddie Masjaffrie bin Pengiran Haji Md Ja'afar, mewakili Negara Brunei Darussalam, dan Senior Colonel Man Guangzhi, mewakili Republik Rakyat China.

Tumpuan utama bagi ADMM-Plus EWG on PKO ke-21 tersebut ialah Seminar Wanita, Keamanan dan Keselamatan Pertama (1st Women, Peace and Security, WPS) dengan tema "Mengoptimumkan Penyertaan Wanita dalam Operasi Pengamanan: Cabaran, Peluang dan Strategi". Seminar dimulakan dengan sesi pembentangan daripada penceramah undangan, yang mengongsikan maklumat dan amalan terbaik tentang pelbagai agenda mengenai penyertaan wanita dalam operasi pengamanan. Ini termasuk progress terkini, cabaran dan halangan yang menghadkan penyertaan wanita dalam pengamanan, peluang dan peranan khusus, serta strategi peringkat dasar dalam memajukan agenda WPS. Pada sesi yang berasingan, para peserta turut berpeluang untuk berkongsi inisiatif, usaha dan keutamaan negara masing-masing ke arah melaksanakan agenda WPS dalam domain pertahanan dan pengamanan.

Seminar tersebut merupakan salah satu agenda utama di bawah ADMM-Plus EWG PKO yang berfungsi sebagai platform untuk membincangkan, berkongsi pengalaman, mengesyorkan tindakan praktikal dan menyampaikan komitmen yang sedia ada untuk memajukan penyertaan penuh wanita dalam bidang Operasi Pengamanan. ADMM-Plus EWG ke-21 juga menampilkan Persidangan Perancangan Pertengahan, yang membincangkan Konsep Latihan PKO, pelan kerja WPS dan memuktamadkan perancangan terperinci yang diperlukan untuk perlaksanaan dan penyelarasan bagi Field Training Exercise (FTX) ADMM-Plus EWG PKO yang akan datang.

ADMM-Plus EWG PKO ke-21, yang telah berlangsung dari 1 Disember hingga 4 Disember 2025, telah mengumpulkan seramai 69 peserta dan wakil-wakil dari negara ASEAN, negara ASEAN-Plus dan Sekretariat ASEAN.