Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

EPC XMB 28/2025 AND XRB 25/2025

BERAKAS GARRISON, Wednesday, 3rd December 2025 – The Exercise Planning Conference (EPC) for Exercise MAJU BERSAMA (XMB) 28/2025 between the First Battalion Royal Brunei Land Forces (1Bn RBLF) and the First Battalion Singapore Infantry Regiment (1SIR) was successfully conducted at the Officers' Mess, Berakas Garrison. The EPC was co-chaired by Lieutenant Colonel Mohammad Ghazali bin Haji Hussin, Acting Field Chief of Staff, RBLF, and Lieutenant Colonel Ng Han Siong Derrick, Brigade Operation Officer 1SIR. Meanwhile, the EPC for Exercise RINTIS BERSAMA (XRB) 25/2025 was held on a separate occasion at the Engineer Regiment (Engr Regt) Headquarters in Penanjong Garrison, led by Lieutenant Colonel Mohammad Ghazali, who is also the Commanding Officer of the RBLF Engr Regt, and Major William Kuek Wei Liang, Staff Officer Operations (S3), 38th Singapore Combat Engineers (38 SCE).

The EPC focused on ensuring that the training objectives and expected outcomes for both armies are aligned and achievable as planned. The delegation also visited various training facilities and sites at the FIBUA Complex, Penanjong Garrison, in preparation for the upcoming exercises.

Both exercises continue to serve as an important platforms for both armies to strengthen professional linkages and foster camaraderie among soldiers. The RBLF remains committed to supporting the Defence Diplomacy efforts, one of the Ministry of Defence's key pillars. The 28th series of XMB and 25th series of XRB are scheduled to take place in Brunei Darussalam in January 2026.

EPC EKSESAIS MAJU BERSAMA 28/2025 DAN EKSESAIS RINTIS BERSAMA 25/2025

BERAKAS GARISON, Rabu, 3 Disember 2025 – Exercise Planning Conference (EPC) bagi Eksesais MAJU BERSAMA (XMB) 28/2025 di antara Batalion Pertama Tentera Darat Diraja Brunei (1Bn TDDB) dan Batalion Pertama Singapore Infantry Regiment (1SIR) telah dilaksanakan bertempat di Mes Pegawai Berakas Garison. EPC tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Leftenan Kolonel Mohammad Ghazali bin Haji Hussin, Pemangku Ketua Staf Medan TDDB dan Leftenan Kolonel Ng Han Siong Derrick, Pegawai Gerakan Briged 1SIR. Manakala EPC bagi Eksesais RINTIS BERSAMA (XRB) 25/2025 diadakan secara berasingan di Markas Rejimen Jurutera (RJ) TDDB, Penanjong Garison, yang juga diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohammad Ghazali, selaku Pegawai Pemerintah RJ TDDB, dan Mejar William Kuek Wei Liang, Pegawai Staf Gerakan S3, 38th Singapore Combat Engineers (38 SCE).

EPC tersebut memberi tumpuan dalam memastikan objektif dan hasil latihan bagi kedua-dua tentera darat itu nanti adalah selaras dan dapat dicapai sepertimana yang telah dirancang. Delegasi turut berpeluang melawat beberapa kemudahan dan tapak latihan di Kompleks FIBUA, Penanjong Garison sebagai persiapan bagi eksesais tersebut.

Kedua-dua eksesais terus menjadi platform penting bagi kedua-dua tentera darat untuk mengukuhkan hubungan profesional serta memupuk persahabatan di kalangan anggota. TDDB juga akan terus memainkan peranannya dalam mendokong usaha diplomasi pertahanan, iaitu salah satu tonggak utama Kementerian Pertahanan. XMB siri ke-28 dan XRB siri ke-25 dijadualkan berlangsung di Negara Brunei Darussalam pada Januari 2026.