Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

2BN RBLF PARTICIPATES IN THE GET-TOGETHER FOR HIS MAJESTY’S 79TH BIRTHDAY CELEBRATION

TUTONG DISTRICT, Saturday, 4th October 2025 – The Second Battalion Royal Brunei Land Forces (2Bn RBLF) joined together with the citizens and residents of Tutong District to greet His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam for a Get-Together in conjunction with His Majesty's 79th Birthday celebrations held at the Padang Pentas Diraja, Tutong District.

 The celebration commenced with the National Anthem 'Allah Peliharakan Sultan', followed by special performances. His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the Royal Family members then consented to tour the tents for a meet and greet session with the organising committees and performers, citizens and residents, government departments, including officers and personnel from the 2Bn RBLF, as well as non-governmental organisations of the Tutong District. His Majesty was greeted by the Field Commander, Lieutenant Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, representing the RBLF. This Get-Together is held annually in all districts of Brunei Darussalam as a symbol of His Majesty's kindness, love and care for his people.

 

2BN TDDB MENYERTAI MAJLIS RAMAH MESRA SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-79 KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

 DAERAH TUTONG, Sabtu, 4 Oktober 2025 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah ikut serta bersama rakyat dan penduduk Daerah Tutong bagi menjunjung keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke Majlis Ramah Mesra sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-79 bertempat di Padang Pentas Diraja, Daerah Tutong.

Sambutan dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dan diikuti dengan persembahan khas. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli-ahli Kerabat Diraja seterusnya dijunjung berangkat melawat ke khemah-khemah bagi menerima junjung ziarah dari Ahli-ahli Jawatankuasa, para peserta, rakyat dan penduduk, Jabatan-jabatan kerajaan termasuk Pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari 2Bn TDDB, serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Daerah Tutong. Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Pemerintah Medan, Leftenan Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli bagi mewakili TDDB. Majlis Ramah Mesra ini diadakan setiap tahun di semua daerah di Negara Brunei Darussalam sebagai lambang kasih sayang dan pemedulian Baginda kepada semua lapisan rakyat.