TUTONG CAMP, Tuesday, 30th September 2025 — The Second Battalion Royal Brunei Land Forces (2Bn RBLF) concluded its Platoon Competition, held from 5th August to 20th September 2025, with a prize presentation and closing ceremony. The closing was officiated by Lieutenant Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, RBLF Field Commander, at Tutong Camp.
The closing began with a 2.2-kilometre 'Larian Gempur' (Assault Run) involving all platoons, followed by the recitation of Surah Al-Fatihah led by Sergeant Md Hafiy bin Md Ariffin from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate. Major Amzar Mu'az bin Tamit, Officer Commanding of 'B' Company, later delivered a summary of the competition. In the first segment of awards, Major Mohammad Sufrien bin Johan, 2Bn RBLF Commanding Officer (CO), presented the Trophy for the CO's Challenge “Keringat Tempur" to Platoon 3, 'A' Company, while Platoon 1, also from 'A' Company, received the award for Best Platoon Drill.
For the second segment, the prize presentation was conducted by the Field Commander, recognising outstanding performances across various categories. These includes Fastest Individual Fitness Assessment awarded to Private Husaimi bin Saini of Platoon 9, 'C' Company; Best Military Theory to Private Wan Muhammad Amer Hasnawi bin Wan Mohd Nazulkipli of Platoon 6, 'B' Company; and Promising Soldier Award to Private Muhammad Ikhmal bin Ramli of Platoon 7, 'C' Company. Meanwhile, the Best Section Commander has been awarded to Lance Corporal Md Isyamuddin bin Upli of Platoon 8, 'C' Company; Best Platoon Sergeant to Sergeant Mohd Perseh bin Suhailian of the Combined Platoon (Support Company and Administration Company); and Best Platoon Commander to Lieutenant Muhd Syafiq bin Saini of Platoon 6, 'B' Company. The Combined Platoon was declared as the Overall Best Platoon, earning the honour of wearing the yellow lanyard.
The competition is aimed at strengthening platoon-level combat readiness by assessing core tactical skills, physical endurance and the ability to make decisions under pressure. It also fostered discipline, teamwork and leadership, while the sportsmanship and fighting spirit displayed are expected to inspire greater professionalism and operational readiness among 2Bn RBLF personnel.



















PERLAWANAN ANTARA PLATUN 2BN TDDB BERAKHIR
PERKHEMAHAN TUTONG, Selasa, 30 September 2025 — Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengakhiri Perlawanan Antara Platun, yang diadakan dari 5 Ogos hingga 20 September 2025, dengan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Leftenan Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemerintah Medan TDDB bertempat di Perkhemahan Tutong.
Acara dimulakan dengan 'Larian Gempur' sejauh 2.2 kilometer yang disertai oleh semua platun yang ikut bertanding, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Sarjan Md Hafiy bin Md Ariffin dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Ringkasan pertandingan seterusnya disampaikan oleh Mejar Amzar Mu'az bin Tamit, Pegawai Memerintah Kompeni 'B', 2Bn TDDB. Pada segmen pertama penyampaian hadiah, Mejar Mohammad Sufrien bin Johan, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB, menyampaikan Piala Pusingan Cabaran “Keringat Tempur" kepada Platun 3, Kompeni 'A', serta anugerah bagi Kawad Platun Terbaik kepada Platun 1, juga daripada Kompeni 'A'.
Bagi segmen kedua pula, penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pemerintah Medan TDDB, yang memberikan penganugerahan bagi prestasi cemerlang dalam pelbagai kategori. Ini termasuk anugerah Penilaian Kecergasan Individu Terpantas kepada Soldadu Husaimi bin Saini dari Platun 9, Kompeni 'C'; Teori Kemahiran Tentera Terbaik kepada Soldadu Wan Muhammad Amer Hasnawi bin Wan Mohd Nazulkipli dari Platun 6, Kompeni 'B'; anugerah Soldadu Harapan kepada Soldadu Muhammad Ikhmal bin Ramli dari Platun 7, Kompeni 'C'. Sementara itu, Ketua Seksyen Terbaik telah diberikan kepada Lans Koperal Md Isyamuddin bin Upli dari Platun 8, Kompeni 'C'; Platun Sarjan Terbaik kepada Sarjan Mohd Perseh bin Suhailian dari Platun Gabungan (Kompeni Bantu dan Kompeni Pentadbir); dan Leftenan Muhd Syafiq bin Saini dari Platun 6, Kompeni 'B' sebagai Ketua Platun Terbaik. Seterusnya, Platun Gabungan telah dinobatkan sebagai Platun Terbaik Keseluruhan dan dianugerahkan pemakaian 'lanyard kuning'.
Perlawanan ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan kesiapsiagaan tempur di peringkat platun dengan menilai kemahiran taktikal asas, ketahanan fizikal serta keupayaan membuat keputusan di bawah tekanan. Ianya juga memupuk disiplin, kerjasama berpasukan dan kepimpinan, manakala semangat kesukanan serta semangat juang yang dipamerkan diharapkan dapat menjadi inspirasi untuk meningkatkan lagi profesionalisme dan kesediaan operasi di kalangan anggota 2Bn TDDB.