BERAKAS GARRISON, Tuesday, 30th September 2025 – The Combat Service Support Royal Brunei Land Forces (CSS RBLF), in collaboration with the Royal Brunei Police Force (RBPF) held a two-day Cybercrime awareness talk, which took place at Dewan Pahlawan, Berakas Garrison. The talk was delivered by Chief Inspector Adinin bin Haji Ahmad, Cyber Investigation Officer of the Anti-Scam Centre (ASC) from Cyber Crime Investigation RBPF. In attendance was Lieutenant Colonel Arshahrin bin Haji Arif, Deputy Commandant of the CSS RBLF, along with officers, personnel, and civilian staff from RBLF sub-units.
The session underscored the importance of exercising vigilance on social media platforms and avoiding the open sharing of personal information in order to safeguard users from the risks of cybercrime. This talk is part of the RBLF's ongoing initiative to foster awareness, promote responsible digital practices, and to ensure personnel and staff are protected from increasingly prevalent cyber threats.


TAKLIMAT KESEDARAN JENAYAH SIBER
BERAKAS GARISON, Selasa, 30 September 2025 – Khidmat Bantuan Kombat Tentera Darat Diraja Brunei (KBK TDDB) dengan kerjasama Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengendalikan Taklimat Kesedaran Jenayah Siber selama dua hari yang berlangsung di Dewan Pahlawan, Berakas Garison. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Inspektor Adinin bin Haji Ahmad, Pegawai Penyiasat Siber Anti-Scam Centre (ASC) dari Bahagian Siasatan Jenayah Siber PPDB. Turut hadir ialah Leftenan Kolonel Arshahrin bin Haji Arif, Timbalan Komandan KBK TDDB, pegawai-pegawai, anggota dan kakitangan awam dari sub-unit TDDB.
Sesi tersebut menekankan kepentingan untuk sentiasa berwaspada dalam penggunaan platform media sosial serta mengelakkan perkongsian maklumat peribadi secara terbuka bagi melindungi pengguna daripada risiko jenayah siber. Taklimat ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan TDDB dalam memupuk kesedaran, mempromosikan amalan digital yang bertanggungjawab, dan bagi memastikan anggota serta kakitangan terlindung daripada ancaman siber yang semakin berleluasa.