HUTAN LAMBIR MIRI, SARAWAK, Tuesday, 16th September 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) and the 20th Royal Malay Regiment (20 RAMD) Malaysian Army has officially concluded Exercise MALBRU SETIA 17/2024 and Exercise MERTAK BERSATU 15/2024, held at the Hutan Lambir Training Area, Miri, Sarawak, Malaysia. Present to co-officiate the closing ceremony were Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the RBLF and Yang Berbahagia Lieutenant General Dato' Mohd Sofi bin Md Lepi, Commander of the Eastern Field Command, Malaysian Army.
The event commenced with an exercise brief delivered by Major Muhammad bin Yunos, Operations Officer of 20 RAMD. This was followed by a company level attack from the 'B' Company First Battalion RBLF and the 'A' Company 20 RAMD, Malaysian Army. The closing then proceeded with the closing remarks by both the RBLF Commander and the Commander of the Eastern Field Command.
In his speech, the RBLF Commander highlighted that the concept of this year's exercise which focuses on Counter-Insurgency Warfare remains significant as it is aimed not only to improve the tactical capabilities, but also a manifestation of commitment to face a complex contemporary threat or also known as VUCA environment, which describes a condition of Volatility, Uncertainty, Complexity and Ambiguity, that requires a more comprehensive and synergic operational approach, flexible leadership and sound planning. Meanwhile, the Commander of the Eastern Field Command, in his remarks, emphasised that such exercises enhanced the command and control capacity in the context of counter-insurgency warfare, sharpened skills and critical thinking abilities, and fostered teamwork and a sense of camaraderie among all personnel.
A significant aspect of this year's exercise includes the large-scale of logistical movement involving the use of the Malaysian Army C-130 aircraft from Kota Belud, Sabah, to Miri, Sarawak, as well as ground assets traversing from Miri, Sarawak, to Brunei Darussalam. MALBRU SETIA and MERTAK BERSATU are annual flagship exercises between the RBLF and Malaysian Army, aimed not only to strengthen practical cooperation but also to enhance combat readiness and tactical interoperability, and further deepen the longstanding relationship between the two armies.









ACARA PENUTUP EKSESAIS MALBRU SETIA 17/2025 DAN MERTAK BERSATU 15/2025
HUTAN LAMBIR MIRI, SARAWAK, Selasa, 16 September 2025 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan 20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) Tentera Darat Malaysia (TDM) secara rasminya menutup Eksesais MALBRU SETIA 17/2024 dan MERTAK BERSATU 15/2024, bertempat di Kawasan Latihan, Hutan Lambir, Miri, Sarawak. Hadir bagi merasmikan bersama acara penutup tersebut ialah Brigadier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB dan Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Dato' Mohd Sofi bin Md Lepi, Panglima Medan Timur, TDM.
Acara dimulakan dengan taklimat eksesais yang disampaikan oleh Mejar Muhammad bin Yunos, Pegawai Gerakan 20 RAMD, TDM. Ini diikuti dengan demonstrasi serangan oleh Kompeni 'B' Batalion Pertama TDDB dan 20 RAMD TDM. Acara kemudiannya diteruskan dengan ucapan penutup oleh Pemerintah TDDB dan Panglima Medan Timur.
Pemerintah TDDB dalam ucapannya menekankan bahawa konsep eksesais pada tahun ini yang tertumpu kepada peperangan melawan insurgensi adalah signifikan yang mana ianya bukan sahaja bertujuan mempertingkatkan keupayaan taktikal, malah merupakan manifestasi komitmen bersama untuk menghadapi ancaman kontemporari yang kompleks atau dinamakan dengan istilah persekitaran VUCA yang menggambarkan keadaan ketidakstabilan, ketidakpastian, kerumitan dan kesamaran yang memerlukan pendekatan operasi yang lebih menyeluruh dan bersinerji, kepimpinan yang fleksibel serta perancangan yang mantap. Manakala, Panglima Medan Timur dalam ucapannya menyatakan bahawa eksesais tersebut membantu dalam meningkatkan daya pemerintahan dan kawalan, mengasah kemahiran dan daya pemikiran kritikal dalam konteks peperangan melawan insurgensi, serta memupuk kerjasama yang jitu dan semangat setiakawan di kalangan anggota.
Aspek signifikan bagi eksesais pada tahun ini termasuk pergerakan logistik berskala besar yang melibatkan penggunaan pesawat C-130 Tentera Darat Malaysia dari Kota Belud, Sabah, ke Miri, Sarawak, serta penggunaan aaset darat yang merentasi dari Miri, Sarawak, ke Brunei Darussalam. MALBRU SETIA dan MERTAK BERSATU merupakan eksesais tahunan antara TDDB dan TDM yang bertujuan bukan sahaja untuk mengukuhkan kerjasama praktikal tetapi juga untuk meningkatkan kesiapsiagaan tempur dan interoperabiliti taktikal, serta mengeratkan lagi hubungan yang telah lama terjalin antara kedua-dua tentera darat.