BERAKAS GARRISON, Thursday, 4th September 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held a closing ceremony for Dikir Maulud, marking the conclusion of the 12 consecutive nights of Dikir Maulud in commemoration of the birth of Prophet Muhammad (PBUH) 1447 Hijrah. The ceremony took place at all RBLF Suraus including Pulau Baru-Baru Mosque with the main event at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison. In attendance was Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, RBLF Commander, along with Senior Officers, Officers and personnel of RBLF.
The ceremony commenced with mass Fardhu Maghrib prayer led by Imam Haji Md Anndy@ Rafaie bin Saile, Imam of Surau Al – Fai'zun, followed by the recitation of Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah and the reading of Sirah Nabawiyah. It was then proceeded with Dikir Assalamualaika, Fardhu Isya' prayer, and was further enlivened with Selawat Badriyah, Dikir Diba'ie and Dikir Marhaban, prior concluding with Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.





MAJLIS PENUTUP DIKIR MAULUD BAGI TAHUN 1447 HIJRAH
BERAKAS GARISON, Khamis, 4 September 2025 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) mengadakan Majlis Penutup Dikir Maulud bagi menandakan berakhirnya Dikir Maulud 12 malam berturut-turut sempena memperingati kelahiran Nabi Muhammad (SAW) 1447 Hijrah. Majlis berlangsung di semua Surau TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan acara utama di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison. Hadir sama ialah Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB, serta Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota TDDB.
Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Maghrib yang dipimpin oleh Imam Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile, Imam Surau Al – Fai'zun, diikuti dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah dan bacaan Sirah Nabawiyah. Majlis kemudiannya diteruskan dengan Dikir Assalamualaika, Sembahyang Fardhu Isya' dan diserikan lagi dengan Selawat Badriyah, Dikir Diba'ie dan Dikir Marhaban, sebelum diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.