Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

THE OPENING OF DIKIR MAULUD 1447 HIJRAH

BERAKAS GARRISON, Sunday, 24th August 2025 – To commemorate the birth of Prophet Muhammad (PBUH) and express gratitude and love for the Prophet as well as to seek blessings from Allah Subhanahu Wa Ta'ala, the Royal Brunei Land Forces (RBLF) held the opening of Dikir Maulud 1447 Hijrah simultaneously at all RBLF suraus including Pulau Baru-Baru Mosque with the main event at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison. Present at the event was Brigadier General Aldi bin Haji Hassan, Commander of the RBLF along with Senior Officers, Officers and RBLF personnel.

The Dikir Maulud commenced with Fardhu Maghrib prayer led by Imam Md Syakir Farhan bin Haji Omar, Imam of Surau Al-Faizun, followed by the recital of Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah and the reading of Sirah Nabawiyah by Lance Corporal Syazwan Salahuddin bin Abdul Latif from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate. The ceremony then proceeded with Dikir Syarafil Anam, Fardhu Isya' prayer, and was further enlivened with Dikir Marhaban, Selawat Qiam, prior concluding with Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

MAJLIS PEMBUKAAN DIKIR MAULUD BAGI TAHUN 1447 HIJRAH

BERAKAS GARISON, Ahad, 24 Ogos 2025 – Bagi memperingati kelahiran dan menzahirkan rasa syukur dan kasih ke atas junjungan besar Baginda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassallam serta memohon barakah dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan majlis malam pembukaan Dikir Maulud 1447 Hijrah secara serentak di kesemua surau TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison. Hadir di majlis tersebut ialah Brigedier Jeneral Aldi bin Haji Hassan, Pemerintah TDDB, dan turut disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TDDB.

Dikir Maulud dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib yang diketuai oleh Imam Md Syakir Farhan bin Haji Omar, Imam Surau Al-Fa'izun diikuti dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Sirah Nabawiyah oleh Lans Koperal Syazwan Salahuddin bin Abdul Latif dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Majlis kemudiannya diteruskan dengan Dikir Syarafil Anam, sembahyang Fardhu Isya', dan disemarakkan lagi dengan Dikir Marhaban serta Selawat Qiam, sebelum diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.