KAMPONG MARIAM, Thursday, 21st August 2025 – The School of Infantry Royal Brunei Land Forces (SOI RBLF) conducted KERINGAT SATRIA Exercise at Kampong Mariam, Temburong District, from 16th to 21stAugust 2025 as part of the Company Commander and Section Commander Battle Courses. The exercise involved a total of 52 course participants, which aimed to enhance their leadership skills, decision-making, and tactical planning abilities in various operational scenarios.
Lieutenant Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, the Field Commander, along with the SOI Acting Commanding Officer attended the final phase of the exercise, witnessing a deliberate attack demonstration by the course participants. The Field Commander also had the opportunity to interact with the course participants, allowing him to provide guidance and encouragement, thereby enhancing their learning experience.




EKSESAIS KERINGAT SATRIA SESI 2025
KAMPONG MARIAM, Khamis, 21 Ogos 2024 – Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB) telah melaksanakan Eksesais KERINGAT SATRIA bertempat di Kampong Meriam, Daerah Temburong bermula dari 16 hingga 21 Ogos 2025 sebagai sebahagian daripada Kursus Ketua Kompeni dan Kursus Tempur Ketua Seksyen. Eksesais tersebut melibatkan seramai 52 peserta kursus, yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan, membuat keputusan, dan kebolehan membuat perancangan taktikal dalam pelbagai senario operasi.
Lieutenant Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemerintah Medan TDDB, bersama Pemangku Pegawai Pemerintah SI telah menghadiri fasa akhir eksesais tersebut dengan menyaksikan demonstrasi serangan yang dirancang oleh peserta-peserta kursus. Pemerintah Medan juga berpeluang untuk berinteraksi dengan peserta kursus yang membolehkan beliau menyampaikan bimbingan dan dorongan yang mana dapat meningkatkan pengalaman pembelajaran mereka.