REPUBLIC OF SINGAPORE, Friday, 22nd August 2025 – Major Muhd. Zulwafi bin Haji M. Suhaili, Officer Commanding from 'C' Company, Second Battalion Royal Brunei Land Forces (RBLF), together with officers from the Ministry of Defence Brunei Darussalam had attended the Brunei-Singapore Junior Defence Interaction Programme (JDIP) held at the Republic of Singapore from 19th to 21st August 2025.
The programme featured key engagements with Singapore senior officials, including Mr. Heng Aik Yeow, Director-General (Southeast Asia I) at the Ministry of Foreign Affairs (MFA), who shared insights on regional security and ASEAN cooperation. Participants also held discussions with the Deputy Secretary (Policy), Brigadier General Frederick Choo, and Commandant of Singapore Armed Forces Training Institute Military Institute (SAFTI MI), Brigadier General Tan Tiong Keat. During the programme, the delegation had the opportunity to visit the Republic of Singapore Air Force's 18th Divisional Air Defence Artillery Battalion, allowing the participants to experience the RBS 70 Ground-Based Air Defence simulator.
The JDIP is aimed to foster closer ties, cultivate friendship and enhance mutual understanding among junior officers from both countries through professional development activities and interactions.


PROGRAM BRUNEI-SINGAPURA JUNIOR DEFENCE INTERACTION
REPUBLIK SINGAPURA, Jumaat, 22 Ogos 2025 – Mejar Muhd. Zulwafi bin Haji M. Suhaili, Pegawai Memerintah Kompeni 'C', Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), bersama pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan Brunei Darussalam telah menghadiri Program Brunei-Singapura Junior Defence Interaction (JDIP) yang diadakan di Republik Singapura bermula dari 19 Ogos hingga 21 Ogos 2025.
Program tersebut menampilkan interaksi bersama Pegawai-pegawai Kanan Singapura termasuk Heng Aik Yeow, Director-General (Asia Tenggara I) di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Republik Singapura, yang mana beliau berkongsi pandangan tentang keselamatan serantau dan kerjasama ASEAN. Para peserta turut mengadakan perbincangan dengan Timbalan Setiausaha (Dasar), Brigedier Jeneral Frederick Choo, dan Komandan Institut Tentera Institut Latihan Angkatan Bersenjata Republik Singapura (SAFTI MI), Brigedier Jeneral Tan Tiong Keat. Delegasi juga berpeluang melawat Batalion Artileri Pertahanan Udara Divisyen ke-18 Tentera Udara Republik Singapura yang membolehkan para peserta merasai pengalaman simulator RBS 70 Ground-Based Air Defence.
JDIP ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan ketenteraan yang lebih erat, memupuk persahabatan dan meningkatkan persefahaman bersama di kalangan pegawai-pegawai dari kedua-dua buah negara melalui aktiviti dan interaksi pembangunan profesional.