PENANJONG GARRISON, Friday, 22nd August 2025 – A total of 195 male recruits of the 177th intake have successfully concluded their Basic Military Training with a Passing Out Parade Ceremony held this morning at the Parade Square of the Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF), Penanjong Garrison. Present as the Guest of Honour was Yang Mulia Brigadier General Aldi Bin Haji Hassan, Commander of the Royal Brunei Land Forces (RBLF). Also, in attendance were Deputy Service Commanders, senior officers, officers, personnel from the Ministry of Defence and spouses, families and guardians of the graduating recruits.
The ceremony commenced with a parade inspection by the Guest of Honour, followed by the delivery of his speech. In his speech, he extended his congratulations to the 177th intake of male recruits on successfully completing their basic military training. He further underscored the importance for the recruits to uphold the RBAF's core values, while maintaining discipline, continuously enhancing their knowledge, and demonstrating unwavering loyalty to His Majesty Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam and the nation. With these qualities, the RBAF is expected to remain credible and well-prepared to meet both current and future security challenges.
In recognition of outstanding performance during training, several awards were presented to recruits and instructors in their respective categories. For the 177th Intake Male Recruits, Recruit Dazraan bin Dahlan was awarded Overall Best Recruit , while Recruit Mohammad Qamarul Islam Fadlullah bin Mohammad Bakhtiar received the award for Best in Military Skills. The Best in Small Arms Training was presented to Recruit (U) Mohammad Syahmi bin Mohammad Shah, while Recruit Muhammad Nurfadhilah Fid'aiy bin Zainur Riza was named Best in Physical Training. In addition, Corporal Muhammad Amin Redzwan bin Dudy Irawan was awarded Best Section Commander Award, while Sergeant (U) Muhammad Danial bin Fidzan was presented with the Best Platoon Sergeant Award for their exceptional leadership and commitment throughout the training.
The ceremony concluded with a recitation of doa led by Yang Mulia Captain Ak Muhammad Nur Hafizan bin Pg Hj Hasan from the RBAF Religious Directorate (JAMA'AT). This Passing Out Parade not only marks the successful completion of Basic Military Training, but also signifies the transformation of the recruits into full-fledged soldiers of the RBAF, ready to shoulder the responsibility of defending the sovereignty of Brunei Darussalam.






UPACARA PERBARISAN TAMAT LATIHAN REKRUT LELAKI PENGAMBILAN KE-177
ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
PENANJONG GARISON, Jumaat, 22 Ogos 2025 – Seramai 195 Rekrut Lelaki Pengambilan Ke-177 dengan jayanya telah menamatkan Latihan Asas Ketenteraan mereka melalui Upacara Perbarisan Tamat Latihan yang diadakan di Padang Kawad Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), Penanjong Garison pagi ini. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Brigedier Jeneral Aldi Bin Haji Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Turut hadir ialah Timbalan-timbalan Pemerintah Angkatan Tentera, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai serta anggota dari Kementerian Pertahanan bersama isteru berserta keluarga dan penjaga anggota-anggota rekrut yang diraikan.
Upacara dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Tetamu Kehormat, disusuli dengan penyampaian ucapan. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan tahniah kepada rekrut Lelaki Pengambilan ke-177 yang berjaya menamatkan latihan asas ketenteraan. Beliau turut mengingatkan para rekrut untuk mengekalkan nilai teras ABDB, di samping berdisiplin, menimba ilmu dan setia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta negara. Dengan itu, ABDB diyakini akan terus berwibawa dan sentiasa bersedia menghadapi cabaran keselamatan masa kini dan akan datang.
Sebagai penghargaan atas kecemerlangan sepanjang latihan, beberapa anugerah telah disampaikan kepada rekrut dan jurulatih dalam kategori masing-masing. Bagi Rekrut Lelaki Pengambilan ke-177, Rekrut Dazraan bin Dahlan telah dinobatkan sebagai Rekrut Terbaik Keseluruhan, manakala Rekrut Mohammad Qamarul Islam Fadlullah bin Mohammad Bakhtiar menerima anugerah Terbaik dalam Kemahiran Ketenteraan. Bagi kategori Terbaik dalam Latihan Senjata Ringan, anugerah telah diberikan kepada Rekrut (U) Mohammad Syahmi bin Mohammad Shah, sementara Rekrut Muhammad Nurfadhilah Fid'aiy bin Zainur Riza dianugerahkan sebagaiTerbaik dalam Latihan Jasmani. Selain itu, Koperal Muhammad Amin Redzwan bin Dudy Irawan dipilih untuk menerima Anugerah Ketua Seksyen Terbaik dan Sarjan (U) Muhammad Danial bin Fidzan dipilih sebagai Platun Sarjan Terbaik atas kepimpinan dan komitmen cemerlang yang diperlihatkan disepanjang latihan.
Upacara diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Yang Mulia Kapten Ak Muhammad Nur Hafizan bin Pg Hj Hasan dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT). Upacara Perbarisan Tamat Latihan ini bukan sahaja menandakan berakhirnya latihan asas ketenteraan, tetapi turut meraikan perjalanan transformasi mereka menjadi anggota tentera ABDB sepenuhnya, bersedia untuk memikul amanah mempertahankan kedaulatan Negara Brunei Darussalam.