TOKYO, JAPAN, Friday, 01 August 2025 – Major Afifah binti Haji Ali Hassan from the Medical Services, Royal Brunei Land Forces (RBLF), accompanied by Captain (U) Fathin 'Athifah binti Haji Abidin from the Support Group, Royal Brunei Air Force, had attended the Second Japan-ASEAN Women, Peace and Security (WPS) Cooperation Project held in Tokyo, Japan from 28th to 31st July 2025.
Throughout the programme, the delegation highlighted Brunei Darussalam's efforts in applying WPS principles within national disaster responses especially the pivotal roles played by female personnel during the COVID-19 pandemic. These roles included frontline medical services, logistics distribution, quarantine operations, and inter-agency coordination. The delegation also emphasised the importance of inclusive and culturally grounded planning in crisis management, aligning with Brunei's values on gender-responsive approaches to security and humanitarian support.
The participation reflected Brunei Darussalam's strong commitment to the Women, Peace and Security (WPS) agenda through inclusive military cooperation. It provided a platform to strengthen regional collaboration on integrating gender perspectives in disaster response, contributing to regional peace and security efforts.

TDDB SERTAI PROJEK KERJASAMA WANITA, KEAMANAN DAN KESELAMATAN JEPUN-ASEAN
TOKYO, JEPUN, Jumaat, 01 Ogos 2025 – Mejar Afifah binti Haji Ali Hassan dari Markas Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Tentera Darat Diraja Brunei bersama Kapten (U) Fathin 'Athifah binti Haji Abidin dari Kumpulan Bantu, Tentera Udara Diraja Brunei, telah mengikuti Projek Kerjasama Wanita, Keamanan dan Keselamatan (Women, Peace and Security – WPS) Jepun-ASEAN Kali Kedua, yang berlangsung dari 28 hingga 31 Julai 2025 di Tokyo, Jepun.
Sepanjang program ini, delegasi telah mengetengahkan pendekatan Negara Brunei Darussalam dalam menerapkan prinsip WPS dalam tindak balas bencana negara, khususnya melalui penglibatan aktif anggota wanita semasa pandemik COVID-19. Peranan ini merangkumi perkhidmatan perubatan barisan hadapan, pengagihan logistik, sokongan kuarantin dan penyelarasan antara agensi-agensi lain. Delegasi turut menekankan kepentingan perancangan yang inklusif dan berasaskan budaya dalam pengurusan krisis, sejajar dengan nilai Negara Brunei Darussalam mengenai pendekatan responsif jantina terhadap keselamatan dan sokongan kemanusiaan.
Penyertaan ini menggambarkan komitmen berterusan Negara Brunei Darussalam dalam memperkasa agenda WPS melalui kerjasama ketenteraan yang inklusif. Ia turut menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama serantau bagi pengintegrasian perspektif jantina dalam respons bencana, yang menyumbang kepada keamanan dan keselamatan serantau.