Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

SECOND BATTALION HELD REGIMENT SERGEANT MAJOR PARADE

Tutong Camp, Tuesday, 29th July 2025 – The Second Battalion Royal Brunei Land Forces (2Bn RBLF) held its Regiment Sergeant Major (RSM) parade, which took place at 2Bn RBLF Parade Square in Tutong Camp. Present at the event was Warrant Officer 1 Mohammad Rezal bin Haji Ismail, RSM of 2Bn and were joined by First Battalion (1Bn), Third Battalion (3Bn) and Engineer Regiment (Engr Regt) RSM, as well as Drill Sergeants Major (DSM) of 1Bn and 3Bn RBLF.

The parade commenced with an inspection by the 2Bn RSM, followed by the march pass led by Warrant Officer 2 Haji Mohammad Asmadei bin Haji Zolkarinin, 2Bn DSM. The event then continued with remarks from Warrant Officer 1 Mohammad Rezal who emphasised that such parade is aimed to enhance the quality of personnel's drills, and reflects the level of discipline, teamwork and spirit that underpins team cohesion. He also stressed the importance of personal hygiene as a reflection of individual character and all personnel must consistently maintain an impeccable standard of neatness, orderliness, and cleanliness, thereby projecting a positive image of the RBLF. The parade concluded with Doa recitation and a photo session.

BATALION KEDUA MENGADAKAN PERBARISAN SARJAN MEJAR REJIMEN

Perkhemahan Tutong, Selasa, 29 Julai 2025 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengadakan perbarisan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) yang berlangsung di Padang Kawad 2Bn, Perkhemahan Tutong. Hadir pada acara tersebut ialah Pegawai Waran 1 Mohammad Rezal bin Haji Ismail, SMR 2Bn dan turut dihadiri oleh SMR Batalion Pertama (1Bn), Batalion Kedua (2Bn) dan Rejimen Jurutera (RJ) serta Sarjan Mejar Kawad (SMK) 1Bn dan 3Bn TDDB.

 

Perbarisan dimulakan dengan pemeriksaan oleh SMR 2Bn, diikuti dengan perbarisan berjalan lalu yang diketuai oleh Pegawai Waran 2 Haji Mohammad Asmadei bin Haji Zolkarinin, SMK 2Bn. Acara kemudiannya diteruskan dengan ucapan dari Pegawai Waran 1 Mohammad Rezal yang mana beliau menekankan bahawa perbarisan seumpama itu bertujuan untuk meningkatkan kualiti kawad anggota, dan mencerminkan tahap disiplin, semangat ketenteraan, serta kerjasama yang menjadi tunjang kepada perpaduan sesebuah pasukan. Beliau turut menekankan kepentingan kebersihan diri sebagai cerminan kepada sahsiah individu, di mana setiap anggota perlu sentiasa mengekalkan tahap kekemasan, keterampilan, dan kebersihan yang tinggi, sekali gus mempamerkan imej positif TDDB. Perbarisan diakhiri dengan bacaan Doa dan sesi bergambar ramai.