PENANJONG GARRISON, Monday, 28th July 2025 - The School of Infantry Royal Brunei Land Forces (SOI RBLF) celebrated its 16th anniversary with a Parade Ceremony involving 159 personnel held at the SOI RBLF Parade Square, Penanjong Garisson. Upon arrival, Lieutenant Colonel Faizal Azly bin Haji Rosli, SOI RBLF Commanding Officer received an honorary salute from the parade commanded by Captain Mohamad Amiruddin bin Haji Hamdan, Wing Commander of the Other Rank Development Wing (ORDW) SOI.
The celebration commenced with the parade inspection, followed by a speech from the Commanding Officer. In his speech, he complimented and congratulated all SOI RBLF personnel for their dedication, and significant contributions specifically to the RBLF, and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in general. He also outlined the SOI's RBLF's accomplishments in training aspects and further emphasised the importance for instructors to uphold high training standards in developing the skills and competency of RBAF personnel attending courses at the SOI. The event then continued with the award presentations to SOI outstanding instructors and civilian staff in appreciation and recognition for their contributions, followed by the recitation of Doa, prior concluding the event with a group photo session.
This celebration not only marks a significant milestone for SOI RBLF but also reflects its ongoing commitment and dedication to training and developing personnel professionally and dynamically to meet the current needs of RBAF as a whole. On a separate occasion, the SOI RBLF also held a Doa Kesyukuran ceremony to commemorate its anniversary this year, which was held on 27th July 2025 at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison.






HARI ULANG TAHUN SEKOLAH INFANTRI KE-16
PENANJONG GARISON, Isnin, 28 Julai 2025 – Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB) telah meraikan Sambutan Hari Ulang Tahun ke-16 dengan Upacara Perbarisan yang melibatkan 159 anggota, berlangsung di Padang Kawad SI TDDB, Penanjong Garison. Sejurus tiba, Leftenan Kolonel Faizal Azly bin Haji Rosli, menerima tabik hormat daripada Kawalan Perbarisan yang diketuai oleh Kapten Mohamad Amiruddin bin Haji Hamdan, Ketua Cawangan Perkembangan Lain-Lain Peringkat SI.
Sambutan dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan, diikuti dengan ucapan daripada Pegawai Pemerintah SI. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua warga SI atas dedikasi dan sumbangan mereka khususnya kepada TDDB dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) amnya. Beliau juga menggariskan pencapaian SI dalam aspek latihan dan seterusnya menekankan kepentingan jurulatih dalam mengekalkan standard latihan yang tinggi dalam membangunkan kemahiran dan kompetensi anggota ABDB yang mengikuti kursus di SI TDDB. Acara kemudiannya diteruskan dengan penyampaian anugerah cemerlang kepada anggota dan kakitangan awam SI sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan atas sumbangan mereka, dan seterusnya diikuti dengan bacaan Doa, dan sesi bergambar ramai.
Sambutan ini bukan sahaja menandakan pencapaian penting, tetapi juga mencerminkan komitmen dan dedikasi SI yang berterusan dalam melatih dan mendidik anggota secara profesional dan dinamik untuk memenuhi keperluan semasa ABDB secara keseluruhan. SI TDDB turut mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Ulang Tahunnya pada tahun ini yang diadakan secara berasingan pada 27 Julai 2025 bertempat di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison.