Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

DENTAL SERVICES CELEBRATED 53rd ANNIVERSARY

BERAKAS GARRISON, Wednesday, 11th June 2025 – The Dental Services Royal Brunei Land Forces (RBLF) celebrated its 53rd anniversary with a parade held at the Dental Services Headquarters, Berakas Garrison. Upon arrival, Colonel (Dr) Jefri bin Haji Abdul Razak, RBLF Chief Dental Services (CDS) received an honorary salute from the parade, commanded by Major (Dr) Muhammad Nur Azwan bin Arrif, Muara Naval Base Dental Officer.

The celebration commenced with the parade inspection, followed by a speech from the CDS. In the speech, he reiterated the pledge of unwavering loyalty and highest appreciation on behalf of all Dental Services RBLF's personnel to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam for the continuous development of the unit and the well-being of its personnel under the leadership of His Majesty. He then outlined the Dental Services key accomplishments based on the four Strategic Objectives as stated in the 2022 Dental Strategic Plan, and further complimented and congratulated all Dental Services personnel for their enduring commitment and contributions particularly to the RBLF, and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) in general.

The event concluded with the recital of Doa Selamat, group photo and cake cutting session to mark the celebration. Also in attendance during the event were Senior Dental Officers, Dental Officers, Dental Services Sergeant Major, personnel and civilian staff including representatives from the Technical Equipment Maintenance Division.

SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KHIDMAT PERGIGIAN KE-53

BERAKAS GARISON, Rabu, 11 Jun 2025 – Khidmat Pergigian, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah meraikan sambutan Hari Ulang Tahun ke-53 dengan upacara perbarisan berlangsung di Markas Khidmat Pergigian Berakas Garison. Sejurus tiba, Kolonel (Dr) Jefri bin Haji Abdul Razak, Ketua Khidmat Pergigian, menerima tabik hormat daripada Kawalan Perbarisan yang diketuai oleh Mejar (Dr) Muhammad Nur Azwan bin Arrif, Pegawai Pergigian Pangkalan Muara.

Sambutan dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan, diikuti dengan ucapan yang disampaikan oleh Ketua Khidmat Pergigian. Dalam ucapannya, beliau mengulangi lafaz ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi dan setinggi-tinggi menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam perkembangan dan kesejahteraan warga Khidmat Pergigian yang berterusan di bawah pimpinan Baginda. Beliau kemudiannya menggariskan pencapaian utama berdasarkan empat Objektif Strategik dari Pelan Strategik Khidmat Pergigian 2022, dan seterusnya mengucapkan terima kasih kepada semua anggota atas komitmen dan sumbangan mereka khususnya kepada TDDB, dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) amnya.

Acara diakhiri dengan bacaan Doa Selamat, bergambar beramai dan sesi pemotongan kek bagi menandakan sambutan tersebut. Turut hadir semasa acara tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, Sarjan Mejar Pergigian, anggota dan kakitangan awam Khidmat Pergigian termasuk Bahagian Pemeliharaan Kelengkapan Teknikal.