Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

SECOND BATTALION OF THE ROYAL BRUNEI LAND FORCES JOINS INTEGRATED CLEANLINESS CAMPAIGN IN TUTONG TOWN


TUTONG, Monday, 16 June 2025 – The Integrated Cleanliness Campaign of Tutong Town was held recently along Jalan Enchi Awang, Tutong Town.

This campaign program is an initiative by the Tutong Municipal Department involving several government agencies, including the Tutong District Office, Royal Brunei Police Force, Second Battalion Royal Brunei Land Force, Public Works Department, Fire and Rescue Department, and the Department of Environment, Parks and Recreation. The campaign also included participation from the Mukim and Village Consultative Council of Tutong Town, local volunteers from Tutong District, and owners of old buildings along Jalan Enchi Awang.

The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the official launching of the repainting of old buildings along Jalan Enchi Awang, officiated by Pengiran Mahdini Bin Pengiran Haji Ali, Acting Chairman of the Tutong Municipal Board. The campaign then proceeded with a community clean-up activity.

Among the scheduled activities were repainting of faded road markings, parking spaces, and curbs. In addition, building owners along Jalan Enchi Awang also participated in cleaning the areas surrounding their premises.

The program aimed to foster cooperation between government agencies, the private sector as well as municipal residents in improving the cleanliness and comfort of the urban environment; and to cultivate the spirit of mutual cooperation and community unity. It also sought to enhance private buildings' facades in the municipal area and together strengthen the sense of responsibility towards the image of the town.​



BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SERTAI KEMPEN KEBERSIHAN BERSEPADU PEKAN TUTONG

TUTONG, Isnin, 16 Jun 2025  Kempen Kebersihan Bersepadu Pekan Tutong telahpun diadakan di kawasan sepanjang Jalan Enchi Awang, Pekan Tutong. 

Program kempen ini merupakan inisiatif Jabatan Bandaran Tutong yang melibatkan agensi-agensi kerajaan diantaranya Jabatan Daerah Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei, Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Alam Sekitar Taman dan Rekreasi bersama penglibatan Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Pekan Tutong, sukarelawan lokal dari Daerah Tutong berserta pemilik bangunan lama Jalan Enchi Awang.

Program ini dimulakan dengan bacaan surah Al-fatihah dan diikuti dengan perasmian mengecat bangunan lama Jalan Enchi Awang yang di sempurnakan oleh Pengiran Mahdini Bin Pengiran Haji Ali, Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Tutong dan seterusnya aktiviti gotong royong dilancarkan.

Antara aktiviti kebersihan ini termasuklah kerja-kerja mengecat semula garisan jalan raya, petak letak kereta serta bendul yang telah pudar. Di samping itu, pemilik-pemilik bangunan lama di sepanjang Jalan Enchi Awang juga turut serta membersihkan kawasan di sekitar bangunan mereka.

Program ini bertujuan bagi memupuk kerjasama di antara agensi-agensi kerajaan, swasta dan warga perbandaran dan seterusnya meningkatkan tahap kebersihan dan keselesaan persekitaran bandar dengan menghidupkan semangat bergotong royong dan perpaduan komuniti. Ianya juga telah memperkukuhkan semangat tanggungjawab terhadap imej bandar dengan usaha mencantikkan bangunan swasta di kawasan perbandaran.