Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

THE COMPLETION OF DRILL INSTRUCTOR COURSE

PENANJONG GARRISON, Thursday, 6th March 2025 – The School of Infantry Royal Brunei Land Forces (SOI RBLF) has concluded its Drill Instructor Course 1/2025 in a closing event held at Theatre 1 SOI RBLF in Penanjong Garrison. The eight-week course was conducted from 9th January 2025 until 6th March 2025, organised by the Drill Instructor Wing, SOI RBLF. A total of 24 personnel had attended the course comprising of RBLF, Royal Brunei Navy, Royal Brunei Airforce and Training Institute Royal Brunei Armed Forces (TI RBAF), producing a new cohort of highly skilled and qualified drill instructors.

In attendance was Major Ahmad Bohare bin Mansor, SOI RBLF Second-in-Command along with invited officers and the course instructors. The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah and Surah An-Nisaa' verses 58 - 59, led by Private (U) Mohd Nashrifuddin bin Junaidi, the course participants' representative, followed by the course review from Staff Sergeant Mohammad Hardini bin Jaludin as the Course Conductor. The closing proceeded with certificates and awards presentation with Private Siti Nurnazurah Hidayah binti Mohammad Yahya from the TI RBAF received the Best Overall Student.

The course is aimed to develop the participants' abilities particularly in instilling discipline, precision as well as standard in drill movements, and prepare selected individuals to become effective and competent drill instructors. Through intensive training in drill movement, instructional techniques and leadership principles, these newly minted drill instructors are now equipped to play a crucial role in shaping the next generation of RBAF personnel.

KURSUS JURULATIH KAWAD BERAKHIR

PENANJONG GARISON, KHAMIS, 6 Mac 2025 – Sekolah Infantri Tentera Darat Diraja Brunei (SI TDDB) telah menamatkan Kursus Jurulatih Kawad 1/2025 dalam acara penutup yang diadakan di Bilik Teater 1 SI TDDB, Penanjong Garison. Kursus lapan minggu tersebut telah berlangsung dari 9 Januari 2025 hingga 6 Mac 2025, yang dikendalikan oleh Cawangan Latihan Kawad, SI TDDB. Seramai 24 anggota telah menghadiri kursus tersebut yang terdiri daripada TDDB, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB), yang menghasilkan kohort jurulatih baharu yang berkemahiran tinggi dan berkelayakan.

Turut hadir ialah Mejar Ahmad Bohare bin Mansor, Timbalan Pegawai Pemerintah SI TDDB bersama pegawai-pegawai jemputan dan jurulatih-jurulatih kursus. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Surah An-Nisaa' ayat 58 – 59 yang diketuai oleh Soldadu (U) Mohd Nashrifuddin bin Junaidi, wakil peserta kursus, diikuti dengan ulasan kursus daripada Staf Sarjan Mohammad Hardini bin Jaludin selaku Pengendali Kursus. Acara penutup diteruskan dengan penyampaian sijil dan anugerah yang mana Soldadu Siti Nurnazurah Hidayah binti Mohammad Yahya daripada IL ABDB telah menerima sebagai Penuntut Terbaik Keseluruhan.

Kursus ini adalah bertujuan untuk membina kebolehan para peserta khususnya dalam menerapkan disiplin, ketepatan serta standard dalam pergerakan kawad, dan mempersiapkan individu untuk menjadi jurulatih yang kompeten dan efektif. Melalui latihan yang intensif dalam pergerakan kawad, teknik mengajar dan prinsip kepimpinan, jurulatih-jurulatih yang baru ini kini telahpun lengkap untuk memainkan peranan penting dalam membentuk generasi anggota ABDB yang akan datang.