Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

OPENING OF TARAWIH PRAYERS AND TADARUS AL-QURAN IN CONJUNCTION WITH THE HOLY MONTH OF RAMADHAN 1446 HIJRAH

BERAKAS GARRISON, Saturday, 1st March 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) commenced Tarawih Prayers and Tadarus Al-Quran to mark the beginning of the holy month of Ramadhan 1446H at all RBLF suraus including Pulau Baru-Baru Mosque, with the focal event at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison. Present were Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Acting Commander RBLF, Senior Officers, Officers and personnel of RBLF.

The event commenced with Isya' prayer followed by Tarawih and Witir Prayers led by Mohammad Naufal Darwisy bin Abdullah, a student from the Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah before proceeding with the recitation of Sayyidul Istighfar and the opening of Tadarus Al-Quran led by Private Abd Manan bin Othman from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate

This event served as a meaningful occasion to strengthen the spiritual ties within the RBLF community and reaffirm the nation's commitment to upholding the practice of Tadarus Al-Quran especially during the blessed month of Ramadhan.







MAJLIS PEMBUKAAN SOLAT TARAWIH DAN TADARUS AL-QURAN SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1446 HIJRAH

BERAKAS GARISON, Sabtu, 1 Mac 2025 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah memulakan Solat Tarawih dan Tadarus Al-Quran bagi menandakan permulaan bulan Ramadhan 1446H di semua surau TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru, dengan acara utama di Surau Al-Fa'izun, Garison Berakas. Turut hadir ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Pemangku Pemerintah TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TDDB.

Acara dimulakan dengan Solat Fardhu Isya' diikuti dengan Solat Tarawih dan Witir yang dipimpin oleh Mohammad Naufal Darwisy bin Abdullah, pelajar dari Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, sebelum diteruskan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan pembukaan Tadarus Al-Quran yang dipimpin oleh Soldadu Abd Manan bin Othman dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Majlis ini merupakan satu majlis yang bermakna untuk mengeratkan hubungan kerohanian dalam kalangan masyarakat TDDB dan mengukuhkan komitmen negara dalam menjunjung amalan Tadarus Al-Quran terutamanya pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.