
BOLKIAH GARRISON, Friday, 28th February 2025 – The Medical Services Royal Brunei Land Forces (RBLF) hosted a study visit for 28 medical students from the Bachelor of Health Sciences in Medicine programme from Universiti Brunei Darussalam. The students, accompanied by Dr. Hajah Fazean Irdayati binti Haji Idris, Senior Lecturer and Clinical Academic, Institute of Health Sciences, were welcomed by Lieutenant Colonel Dr. Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, Chief Medical Services RBLF and other RBLF medical officers.
The visit included an introductory brief on the Medical Services and a tour to various facilities including the Military Clinic Medical Reception Station (MRS), Family Clinic, Medical Training Wing, Medical Logistics Store, and the Environmental Health Unit, at Bolkiah Garrison. Such visit was to provide exposure to the students with various medical specialties and practices, and further explore potential career paths within the Royal Brunei Armed Forces Medical Services.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR DARIPADA PENUNTUT PERUBATAN DARI INSTITUT SAINS KESIHATAN, UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Juma’at, 28 Februari 2025 – Khidmat Perubatan dan Kesihatan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menerima lawatan sambil belajar daripada 28 orang penuntut Program Sarjana Muda Sains Kesihatan dalam Perubatan dari Universiti Brunei Darussalam. Kehadiran penuntut bersama seorang tenaga pengajar, Dr. Hajah Fazean Irdayati binti Haji Idris, Pensyarah Kanan dan Akademik Klinikal, Institut Sains Kesihatan, telah disambut oleh Leftenan Kolonel Dr. Ummi Suzeyanna binti Haji Johari, Ketua Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB bersama pegawai-pegawai perubatan TDDB.
Lawatan tersebut merangkumi taklimat pengenalan mengenai Khidmat Perubatan dan Kesihatan TDDB dan lawatan ke pelbagai fasiliti, termasuk Klinik Tentera Medical Reception Station (MRS), Klinik Keluarga, Cawangan Latihan Perubatan, Stor Logistik Perubatan dan Unit Kesihatan Alam Sekitar di Bolkiah Garison. Lawatan tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar dengan pelbagai kepakaran dan amalan perubatan, dan seterusnya meneroka peluang kerjaya yang ada di dalam Khidmat Perubatan dan Kesihatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.