Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

RBAF INTER-WOMEN'S FINAL NETBALL CHAMPIONSHIP 2024/2025



BOLKIAH GARRISON, Friday, 28th February 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) has organised the Royal Brunei Armed Forces Inter-Women's Final Netball Championship 2024/2025 at the Bolkiah Garrison Gymnasium. The championship, which took place over two days, from 27th to 28th February 2025, saw participation of four teams namely the RBLF, Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF), and a Combined Team comprising personnel from the Ministry of Defence (MINDEF), Joint Force Headquarters RBAF, and Training Institute RBAF. Present to deliver the winning prizes was Colonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi, Head of the RBAF Inspectorate Unit, and were joined by female senior officers, officers, and personnel of the RBAF.

The highlight of the championship took place in the afternoon with the Combined Team MINDEF emerged as the champion. While the team from RBAirF secured second place and RBN third place. Individual awards were also presented with the Best Player Award went to Able Rate Noorsuriani binti Rusman, RBN from the RBN team, and the Top Scorer Award to Lance Corporal Nur Adh Elzza binti Sofian from the Combined Team MINDEF. A special match between female officers and other ranks was also held after the championship match to further add to the excitement of the event.

The tournament served as a valuable platform for fostering unity, camaraderie, and teamwork, as well as demonstrating the RBAF’s commitment to promoting sports as a means to enhance physical fitness, mental resilience, and overall well-being among its members.










PERTANDINGAN AKHIR KEJOHANAN BOLA JARING ASKAR WANITA PERINGKAT ABDB BAGI TAHUN 2024/2025

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 28 Februari 2025 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menganjurkan Pertandingan Akhir Kejohanan Bola Jaring Askar Wanita Peringkat Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 2024/2025 bertempat di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garison. Kejohanan tersebut berlangsung selama dua hari bermula 27 hingga 28 Februari, dengan penyertaan daripada empat pasukan iaitu TDDB, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), dan Pasukan Gabungan daripada Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), Markas Angkatan Bersama ABDB, dan Institut Latihan ABDB. Hadir bagi menyampaikan hadiah kejohanan ialah Kolonel Hajah Suriyati binti Haji Junaidi, Ketua Unit Inspektorat ABDB, dan turut disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai serta anggota askar wanita ABDB.

Acara kemuncak kejohanan telah berlangsung di sebelah petang dengan Pasukan Gabungan daripada KEMENTAH, muncul sebagai juara. Manakala pasukan dari TUDB menduduki tempat kedua dan TLDB ditempat ketiga. Anugerah bagi individu juga turut disampaikan dengan Anugerah Pemain Terbaik diberikan kepada Laskar Muda Noorsuriani binti Rusman, TLDB dari pasukan TLDB, dan Anugerah Penjaring Terbanyak kepada Lans Koperal Nur Adh Elzza binti Sofian dari Pasukan Gabungan KEMENTAH. Perlawanan khas antara pegawai-pegawai wanita dan lain-lain peringkat askar wanita juga turut diadakan selepas kejohanan bagi memeriahkan lagi kejohanan tersebut.

Kejohanan ini menjadi platform yang berharga untuk memupuk perpaduan, keakraban dan kerjasama, di samping menunjukkan komitmen ABDB dalam mempromosikan sukan sebagai cara untuk meningkatkan kecergasan fizikal, ketahanan mental, dan kesejahteraan di kalangan anggotanya.