Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

LAND FORCES SERGEANT MAJOR CHANGE OF COMMAND

BERAKAS GARRISON, Thursday, 27th February 2025 – The Royal Brunei Land Forces (RBLF) held a change of command for the Land Forces Sergeant Major (LFSM) in a ceremony at the First Battalion RBLF Parade Square, Berakas Garrison. The ceremony marked the official handover from the outgoing LFSM, First Warrant Officer Kifley bin Haji Johari, to the newly appointed LFSM, First Warrant Officer Mohammad Haswandi bin Haji Paun.

The ceremony commenced with a parade inspection, followed by the recital of Surah Al-Fatihah and a farewell speech by the outgoing LFSM. In his speech, he reminded all personnel on the importance of maintaining professionalism in striving to achieve the organisation's vision and mission, and further expressed his gratitude for the unwavering support and commitment given to him throughout his tenure. 

Shortly after, the outgoing and the newly appointed LFSM signed the Handover Certificate, symbolising the official handover of leadership. The ceremony continued with an inspection of the parade and remarks by the new LFSM, who emphasised  the need to uphold military standards as well discipline, and shared his aspirations and commitment to lead with dedication. The ceremony concluded with the recital of Doa Selamat by Private Abd Manan bin Othman, Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate.

On a separate occasion, the outgoing LFSM also conducted farewell visits to all RBLF units from December 2024 to February 2025.

PERTUKARAN SARJAN MEJAR TDDB

BERAKAS GARISON, Khamis, 27 Februari 2025 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan pertukaran bagi Sarjan Mejar Tentera Darat (SMTD) dalam sebuah majlis yang berlangsung di Padang Kawad Batalion Pertama TDDB, Berakas Garison. Majlis tersebut menandakan penyerahan rasmi daripada SMTD yang lama, Pegawai Waran Satu Kifley bin Haji Johari, kepada SMTD yang baru dilantik, Pegawai Waran Satu Mohammad Haswandi bin Haji Paun.

Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan ucapan perpisahan oleh mantan SMTD. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan semua anggota mengenai kepentingan dalam mengekalkan profesionalisme ke arah mencapai visi  dan misi organisasi, dan seterusnya menzahirkan rasa terima kasih di atas sokongan dan komitmen yang telah diberikan kepada beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya.

SMTD yang lama dan baru seterusnya menandatangani Sijil Serah Terima Tugas, melambangkan penyerahan rasmi kepimpinan. Majlis diteruskan dengan pemeriksaan perbarisan dan ucapan oleh SMTD yang baru yang mana beliau menekankan keperluan untuk mengekalkan standard ketenteraan serta disiplin, dan mengongsikan aspirasi dan komitmennya untuk memimpin dengan penuh dedikasi. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Soldadu Abd Manan bin Othman, Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Sebelumnya, mantan SMTD turut mengadakan lawatan perpisahan ke semua unit TDDB dari Disember 2024 hingga Februari 2025.