BERAKAS GARRISON, Monday, 20th January 2025 – The Dental Services Royal Brunei Land Forces (RBLF) recently welcomed 28 students from the Bachelor of Dental Health Science Programme and accompanied by two faculty members from the Institute of Health Sciences, Universiti Brunei Darussalam. The delegation was welcomed by the Chief Dental Services, Colonel (Dr) Jefri bin Haji Abdul Razak who then delivered an introductory brief on the Dental Services RBLF.
The visit includes an engaging tour of the Dental Laboratory Services and Dental Clinics, showcasing cutting-edge technology namely the newly acquired 3D Cone-beam Computed Tomography X-Ray machine and a static display of the Field Dental Services. RBLF Dental Officers shared their career journey by discussing the opportunities within the military organisation such as Officer Cadet Training, the in-house Dental Foundation Training Programme, and postgraduate pathways.
The study visit is aimed to expose the students to career prospects within the RBLF's Dental Services, helping them to better understand the profession. It also sought to enhance their knowledge on the Dental Services within the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) among future local dental professionals.
MENEROKAI BIDANG PERGIGIAN: LAWATAN SAMBIL BELAJAR
BERAKAS GARISON, Isnin, 20 Januari 2025 – Khidmat Pergigian Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) baru-baru ini telah menerima lawatan daripada 28 pelajar Program Sarjana Muda Sains Kesihatan Pergigian bersama dua orang tenaga pengajar dari Institut Sains Kesihatan, Universiti Brunei Darussalam. Delegasi tersebut disambut oleh Ketua Khidmat Pergigian, Kolonel (Dr) Jefri bin Haji Abdul Razak, dan seterusnya memberikan taklimat pengenalan mengenai Khidmat Pergigian TDDB.
Lawatan tersebut merangkumi kunjungan ke Makmal Pergigian, Klinik Pergigian yang mempamerkan teknologi terkini iaitu Sistem Radiografi Digital dan Mesin 3D Cone-beam Computed Tomography X-Ray serta pameran statik Khidmat Pergigian Medan. Pegawai Pergigian TDDB turut berkongsi perjalanan kerjaya mereka dengan membincangkan peluang yang terdapat di dalam organisasi tentera seperti Latihan Pegawai Kadet, In-House Dental Foundation Training Programme serta latihan lepasan ijazah.
Lawatan sambil belajar ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai Khidmat Pergigian di dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei amnya di kalangan profesional pergigian tempatan yang bakal menjawat bidang tersebut dan dianggap sebagai salah satu strategi pengambilan oleh Khidmat Pergigian TDDB untuk mendorong doktor pergigian tempatan untuk menceburi kerjaya dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Lawatan sambil belajar ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada prospek kerjaya di dalam Khidmat Pergigian TDDB bagi membantu mereka memahami profesion tersebut dengan lebih baik. Ianya juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mereka mengenai Khidmat Pergigian di dalam Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di kalangan profesional pergigian tempatan yang bakal menjawat bidang tersebut di masa hadapan.