Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

KHATAM AL-QURAN CEREMONY IN CONJUNCTION WITH HIS MAJESTY THE SULTAN AND YANG DI-PERTUAN OF BRUNEI DARUSSALAM’S 78TH BIRTHDAY

BERAKAS GARRISON, Friday, 06th September 2024 The Royal Brunei Land Force (RBLF) held Khatam Al-Quran ceremony in conjunction with the 78th birthday celebration of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam simultaneously at all RBLF suraus  including Pulau Baru-Baru Mosque with the main event held at Surau Al-Fa'izun, Berakas Garrison. Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander of the RBLF attended the ceremony and were also joined by senior officers, officers and RBLF personnel.

The ceremony began with the recital of Sayyidul Istighfar and Surah Al-Fatihah followed by the recitation of Al-Quran from the Khatam Al-Quran participants, and Takhtim, Doa Khatam as well as Dikir Marhaban led by Imam Syakir Farhan bin Haji Umar, Imam of Surau-Al Faizun.  A religious talk entitled " Kelebihan Menghadiri Majlis Khatam Al-Quran" by Captain Nasyrul Wafiy bin Haji Mahdini from the Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate was also held. The event concluded with Sunat Dhuha prayer and Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam followed by a group photo session.

This ceremony is an annual celebration to show gratitude and love for His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-78

BERAKAS GARISON, Jumaat, 06 September 2024 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78, secara serentak di surau-surau TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama di Surau Al-Fa'izun, Berakas Garison. Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah TDDB telah hadir bagi majlis tersebut dan turut disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TDDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan Al-Quran daripada peserta-peserta Khatam Al-Quran, dan bacaan Takhtim, Doa Khatam serta Dikir Marhaban yang diketuai oleh Imam Syakir Farhan bin Haji Umar, Imam Surau-Al Faizun. Ceramah agama bertajuk “Kelebihan Menghadiri Majlis khatam Al-Quran" yang disampaikan oleh Kapten Nasyrul Wafiy bin Haji Mahdini dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei juga turut diadakan. Majlis diakhiri dengan Solat Sunat Dhuha dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam, diikuti dengan sesi bergambar ramai.

Majlis ini merupakan sambutan tahunan bagi menandakan rasa syukur dan menjunjung kasih terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.