Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

INTERMEDIATE OFFICER TACTICS COURSE 2024 CLOSING CEREMONY

INTERMEDIATE OFFICER TACTICS COURSE 2024 CLOSING CEREMONY

BERAKAS GARRISON, Friday, 7th June 2024 – The Closing Ceremony of the Intermediate Officer Tactics Course (IOTC) 2024 was held at the Officers' Mess, Berakas Garrison. A total of 21 Officers from the Royal Brunei Armed Forces attended the eight-week course which was conducted from 1st April to 24th May 2024.

Present as the Guest of Honor was Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Deputy Commander Royal Brunei Land Force (RBLF). Also present were Commanding Officer School of Infantry RBLF, Senior Officers, Invited Guest Officers, and Officers' Development Wing (ODW) Directing Staff.​

The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah and Surah At-Taubah from verse 122 to verse 123 led by Captain Abdul Mu'iz Azizi bin Zulkifli. This is followed with a course review by Major Pengiran Haji Mohd. Razif bin Pengiran Haji Idros, Acting Officer Commanding ODW and a cohort video presentation. The ceremony continued with the presentation of certificates by the Guest of Honour before concluding with a congratulatory address.

In his congratulatory address, the Guest of Honor touched on the importance of the course in determining career prospects of an officer. He urged course participants to keep striving towards achieving their best in any assigned tasks and roles. Additionally, the Guest of Honor highlighted the importance for course participants to strengthen their piety towards building strong spirituality as well as fulfilling their responsibilities with dedication, honesty and trustworthiness. He also urged continual self-improvement by acquiring knowledge and staying informed of current events and global issues, given the world's growing challenges and complexities. He added that as a leader, it is important to enhance self-management, communication, and decision-making skills, alongside demonstrating integrity and responsibility at all levels. 

The course aims to develop officers with the tactical understanding and knowledge with staff procedures necessary to effectively occupy key roles in operational planning.





MAJLIS PENUTUP KURSUS INTERMEDIATE OFFICER TACTICS COURSE 2024

BERAKAS GARISON, Jumaat, 7 Jun 2024 – Majlis Penutup Kursus Intermediate Officer Tactics Course (IOTC) 2024 telah diadakan di Mes Pegawai, Berakas Garison. Seramai 21 Pegawai telah menghadiri kursus ini yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang berlangsung dari 1 April hingga 24 Mei 2024.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Timbalan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). Turut hadir bagi acara tersebut ialah Pegawai Pemerintah Sekolah Infantri TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai jemputan serta Pegawai-pegawai Juruarah Cawangan Perkembangan Pegawai (CPP).

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah At-Taubah dari Ayat 122 hingga 123 oleh Kapten Abdul Mu'iz Azizi bin Zulkifli. Majlis diteruskan dengan penyampaian ulasan kursus oleh Pemangku Pegawai Memerintah CPP, Mejar Pengiran Haji Mohd. Razif bin Pengiran Haji Idros dan diteruskan dengan tayangan video kursus. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus oleh Tetamu Kehormat, sebelum diakhiri dengan ucapan tahniah kepada Pegawai-pegawai kursus.

Dalam ucapan Tetamu Kehormat, beliau mengingatkan tentang kepentingan kursus dalam menentukan aspek kerjaya seorang pegawai. Tetamu Kehormat juga mengingatkan peserta kursus untuk terus berusaha mencapai yang terbaik dalam tugas dan peranan yang diberikan. Selain itu, dalam nasihatnya, belliau menekankan kepentingan bagi peserta kursus untuk mengukuhkan kesucian diri untuk membina kerohanian yang kuat dan memenuhi tanggungjawab mereka dengan penuh komitmen, jujur dan amanah, disamping penambahbaikan diri yang berterusan dengan memperoleh pengetahuan dan peka terhadap kejadian isu semasa memandangkan cabaran dan ancaman keselamatan dunia adalah semakin kompleks dan mencabar. Beliau menambah bahawa sebagai seorang pemimpin, adalah penting untuk meningkatkan kemahiran pengurusan diri, komunikasi dan membuat keputusan, selain menunjukkan integriti dan tanggungjawab di semua peringkat.

Kursus ini bertujuan untuk melatih pegawai dengan pemahaman taktikal dan pengetahuan tentang prosedur staf yang diperlukan dalam perancangan operasi yang berkesan.