Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

IHYA RAMADHAN AND COMMUNITY OUTREACH PROGRAMME ENLIVEN RAMADHAN

BRUNEI, Saturday, 6th April 2024 – In conjunction with the arrival of holy month of Ramadhan 1445H, officers and personnel from the Royal Brunei Land Force (RBLF) have conducted Ihya Ramadhan and Community Outreach Programme at several mosques and Muslim cemeteries at all districts in Brunei Darussalam.

Among the mosques that have been visited this week were Limau Manis Mosque, Kampung Lambak Kanan Mosque, Masjid Kampung Lambak Berakas Mosque, Kampung Menunggol Mosque, Kampung Batu Apoi Mosque, Kampung Serusop Mosque, Kampung Kilanas Mosque and Masjid Haji Abd Azim Luagan Dudok Mosque. The Ihya Ramadhan including a mass Fardhu Maghrib and Isya' prayer, followed by Sunat Terawih and Witir prayers and Tadarus Al-Quran. While, Community Outreach Programme included a cleaning campaign both within and around the mosque premises.

Whereas, among the cemeteries that have been visited were Rangas Muslim Cemetery, Jalan Kecil Lintang Muslim Cemetery, Jame Asr Hassanil Bolkiah Muslim Cemetery and Rumpau Muslim Cemetery. The programme includes a cleaning campaign, followed by the recital of Surah Yassin and Tahlil.

The programmes serves to enhance spiritual development and cooperation among RBLF personnel as well as to contribute to the community, especially in this holy month of Ramadhan.













TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN IHYA RAMADAN DAN PROGRAM JANGKAUAN RAMADAN 1445 HIJRAH

BRUNEI, Sabtu, 6 April 2024 – Sempena menyambut bulan Ramadan 1445H yang penuh keberkatan, para pegawai dan anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Ihya Ramadan dan Program Jangkauan Ramadan di beberapa buah masjid dan tanah perkuburan Islam di beberapa daerah di Negara Brunei Darussalam.

Antara masjid yang telah dikunjungi minggu ini ialah Masjid Limau Manis, Masjid Kampung Lambak Kanan, Masjid Kampung Lambak Berakas, Masjid Kampung Menunggol, Masjid Batu Apoi, Masjid Kampung Serusop, Masjid Kampung Kilanas dan Masjid Haji Abd Azim Luagan Dudok. Program Ihya Ramadhan dimulakan dengan menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib dan Isya' berjemaah, diikuti dengan sembahyang Sunat Terawih dan Witir serta Tadarus Al-Quran. Manakala, Program Jangkauan Ramadhan termasuk kempen kebersihan sama ada di luar dan di dalam bangunan masjid.

Selain itu, tanah perkuburan Islam yang telah dilawati ialah Tanah Perkuburan Islam Rangas, Tanah Perkuburan Islam Jalan Kecil Lintang, Tanah Perkuburan Islam Kampung Jame Asr Hassanil Bolkiah, dan Tanah Perkuburan Islam Rumpau. Program Jangkaan Ramadan meliputi pembersihan diikuti dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil.

Program berkebajikan ini merupakan antara aktiviti amal yang dijalankan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pembangunan kerohanian dan kerjasama di kalangan anggota TDDB. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan amal kebajikan dan menyumbang kepada masyarakat lebih – lebih lagi di bulan Ramadhan.