Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News Headlines

THIRD BATTALION ROYAL BRUNEI LAND FORCE HELD IFTAR EVENT WITH THE FORMER COMMANDING OFFICERS AND REGIMENT SERGEANT MAJORS


LUMUT CAMP, Thursday, 4th April 2024 - Third Battalion of Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) held an Iftar event with the former Commanding Officers and former Regiment Sergeant Majors (RSM) that took place at Surau Ar-Rahmah, Lumut Camp. 

Among the distinguished guests were Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya  Major General (B) Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah and Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander of RBLF.

Upon arrival, the former Commanding Officers and RSMs were invited to the signing of parchment. The ceremony began with the recitation of Surah Yasin and Tahlil led by Imam Abdul Hakim bin Haji Bujang from the Religious Department of the Royal Brunei Armed Forces (JAMA'AT), followed by light refreshments for Iftar and mass Fardhu Maghrib Prayer. The event proceded to the dining hall of 3Bn RBLF for dinner with the Officers and personnel of 3Bn RBLF. It continued with a mass Fardhu Isya 'Prayer, Sunat Terawih and Witir Prayer and concluded with Tadarus Al-Quran.

This event is an annual activity for 3Bn RBLF which is usually carried out during the month of Ramadhan. Moreover, it aims to appreciate and commemorate the services rendered by the former Commanding Officers and RSMs as well as to strengthen the bond with the personnel of 3Bn RBLF.










BATALION KETIGA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS BERSUNGKAI BERSAMA MANTAN - MANTAN PEGAWAI PEMERINTAH DAN SARJAN MEJAR REJIMEN

PERKHEMAHAN LUMUT, Khamis, 4 April 2024 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan Majlis Bersungkai bersama mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) bertempat di Surau Ar-Rahmah, Perkhemahan Lumut. 

Di antara mantan-mantan Pegawai Pemerintah yang hadir ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah dan Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah TDDB.

Sejurus ketibaan, mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan SMR dijemput untuk menandatangani lembaran kenangan dan bergambar ramai. Majlis seterusnya dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan Tahlil yang diketuai oleh Imam Abdul Hakim bin Haji Bujang, Imam Surau Ar-Rahmah dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA'AT), diikuti dengan menikmati juadah ringan dan menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah. 

Majlis diteruskan di Dewan Makan 3Bn TDDB bagi makan malam bersama Pegawai-pegawai dan anggota 3Bn TDDB, menunaikan Sembahyang Fardhu Isya' dan Sembahyang Sunat Terawih serta Witir berjemaah. Majlis berakhir dengan Tadarus Al-Quran. 

Majlis ini merupakan aktiviti tahunan 3Bn TDDB yang lazim dilaksanakan pada setiap bulan Ramadhan. Ia melambangkan penghargaan dan sempena memperingati jasa bakti mantan-mantan Pegawai Pemerintah dan SMR yang terdahulu selain mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama anggota 3Bn TDDB.